skip to Main Content
4 Cara Mengubah Suasana Di Dalam Rumah

4 Cara Mengubah Suasana Di dalam Rumah

4 CARA MENGUBAH SUASANA DI DALAM RUMAH

 

Ramai yang kadang sudah bosan dengan suasana di dalam rumah. Mengubah suasana di dalam rumah dapat memberikan satu inspirasi atau suasana yang lebih segar dari sebelumnya. Ramai juga menganggap untuk membuat perubahan ini memerlukan kos yang tinggi tetapi ternyata tidak. Anda juga boleh membuat perubahan ini dengan hanya menggunakan kos yang rendah atau bagi yang kreatif tidak memerlukan modal langsung.

 

Di bawah ini admin kongsikan antara perubahan kecil yang boleh anda lakukan untuk mengubah suasana di dalam rumah anda untuk mendapatkan hasil yang lebih segar dan nyaman.

 

 

1. Menyusun & Merapikan Barang-barang Kecil

  • Banyak barang-barang kecil yang sebelum ni sentiasa di pandang remeh diletakkan dimerata tempat. Bagi anda mungkin merasakan ia nya tidak memberi impak apa pun pada suasana di dalam rumah. Namun, anggapan anda itu adalah salah kerana barang-barang yang kecil seperti kunci, keychain, buku, peralatan kosmetik dan sebagainya jika di susun dengan rapi akan memberikan suasana yang lebih baik di mana jika tidak disusun suasana di dalam rumah anda akan nampak bersepah dan tidak tersusun.

 

  • Oleh itu, sebaiknya sebagai pemilik rumah yang menginginkan suasana rumah yang nyaman letakkan dan susunlah barangan tersebut di tempat yang sesuai sama ada dengan menyediakan rak-rak atau almari kecil di satu sudut di dalam rumah supaya lebih memudahkan anda untuk menggunakan & menyimpan barangan tersebut.

 

 

2. Mengubah Kedudukan Di dalam Bilik Tidur

  • Anda juga boleh mengubah kedudukan perabot yang berada di dalam bilik tidur untuk mendapatkan suasana yang baru dengan mengubah posisi katil atau almari. Jika sebelum ini kedudukan katil anda di bahagian sudut bilik, anda boleh mengubahnya dengan meletakkan katil di bahagian tengah pula. Mungkin dengan perubahan yang baru ini, ruang di bilik tidur anda akan nampak lebih luas dan mengubah keseluruhan suasana bilik anda.

 

 

3. Membersihkan dan Menyusun Barang-barang di dalam Bilik Air

  • Kawasan bilik air boleh dikatakan tempat yang jarang diperhatikan dan dibersihkan oleh pemilik rumah. Jadi, untuk membuat rumah nampak lebih bersih dan rapi, menyusun barang-barang yang ada di dalam bilik air menjadi salah satu cara yang tepat untuk membuat rumah terlihat lebih bersih. Anda boleh membuang barang-barang yang tidak berguna atau menggantikan barang-barang lama yang sudah tidak elok atau dipakai dengan barang-barang baru yang lebih bersih. Namun jika tidak ada banyak barang di dalam bilik air maka cukup dengan hanya membersihkan bilik air sahaja.

 

 

4. Mengemas Kawasan Dapur

  • Dapur merupakan tempat yang digunakan untuk memasak. Biasanya ruangan ini sering kotor karana setiap hari digunakan untuk meneydiakan bahan-bahan masakan. Jadi, seharusnya dapur perlu kelihatan kemas dan bersih.  Caranya adalah dengan meletakkan peralatan  masak pada tempatnya. Anda boleh juga meletakkan almari kecil di dapur untuk meletakkan berbagai macam peralatan dapur dan membersihkan ruangan tersebut setelah selesai menggunakannya.

 

 

Mudah sangat kan ?  Hasil daripada sedikit pengubahan kedudukan barang-barang yang ada di rumah dan tanpa perlu mengeluarkan kos yang besar, anda kini dapat menikmati rumah dengan suasana yang baru. Selamat mencuba !

 

 

 

Sumber: Caradesain

 

Back To Top