skip to Main Content
5 Sebab Membuatkan Amalan & Ibadah Menjadi Sia-sia

5 Sebab Membuatkan Amalan & Ibadah Menjadi Sia-sia

5 SEBAB MEMBUATKAN AMALAN & IBADAH MENJADI SIA-SIA

 

Sesungguhnya tujuan kita dihidupkan adalah untuk beribadah kepada Allah SWT. Niatkan segala amalan atau ibadah yang kita lakukan adalah kerana Allah Taala kerana kepercayaan kita hanya Allah sebagai penjamin hidup kita di dunia dan akhirat. Namun tidak semua amalan atau ibadah yang kita lakukan diterima kerana dalam kita tidak sedar boleh jadi amalan & ibadah yang dibuat menjadi sia-sia.

 

Admin kongsikan pada anda semua pembaca blog ini antara 5 sebab kenapa amalan & ibadah kita menjadi sia-sia;

 

 

#1 MEMAKAN HARTA YANG HARAM

  • Memakan harta haram sama saja dengan menumbuhkan daging yang haram dalam tubuh kita. Ini termasuklah memakan makanan yang dicuri, hak kepunyaan anak yatim, serta makanan yang ternyata haram hukumnya seperti babi. Memakan makanan yang haram juga membuatkan doa manusia tidak dimakbulkan Allah SWT.

    Rasulullah SAW pernah bersabda;

    “Ibadah yang disertai dengan memakan (makanan) yang haram sama saja seperti (mendirikan) bangunan di atas pasir.”

    Al-Bihar 103 : 16

     

 

#2 DERHAKA TERHADAP IBU BAPA

  • Menderhaka kepada ibu bapa sehingga menyakiti hati mereka akan menyebabkan amal ibadah ditolak dan tidak diterima oleh Allah. Bersikap menghormati dan menyayangi ibu bapa sangat dituntut dalam Islam. Bukan saja tidak dimakbulkan doa, tetapi tidak akan mendapat keberkatan hidup kepada sesiapa yang menderhaka.

    Imam Jaafar al-Shidiq mengatakan;

    “Barang siapa yang memandang kedua-dua orang tuanya dengan pandangan kesal atau benci, maka solatnya tidak diterima.”

     

 

 

#3 MENGUMPAT

  • Mengumpat merupakan perbuatan yang sangat dibenci oleh Allah SWT, begitu juga dengan perlakuan fitnah yang memecah-belahkan umat, sehingga setiap amal ibadah si pelaku tidak diterima oleh Allah SWT.Rasulullah SAW bersabda;

    “Barangsiapa yang mengumpat (ghibah) seorang muslim lelaki ataupun perempuan, maka tidak diterima solatnya dan puasanya selama 40 hari 40 malam, kecuali orang yang diumpat itu memaafkannya.”

     

 

 

#4 TAKABBUR

  • Takabbur adalah sikap yang menyamai kesombongan yang sangat dibenci oleh Allah. Amalan yang dilakukan bukan berniat untuk Allah tetapi kerana perkara lain. Maka Allah menolak amal ibadah yang dilakukan oleh golongan ini sehingga dia bertaubat. Sikap ini sebenarnya bukan sahaja menjauhkan doa dari dimakbulkan Allah, tetapi turut menjauhkan kita dari Allah. Bahkan dalam kalangan manusia sendiri tidak menyenangi golongan yang takkabur ini.

 

 

 

#5 TIDAK IKHLAS

  • Ikhlas adalah kunci utama dalam beribadah. Jika sesuatu ibadah dilakukan atas niat lain seperti ingin dihormati, maka itu merupakan perbuatan yang tidak ikhlas dan menyebabkan amal ibadah yang lain tidak diterima oleh Allah.

    Rasulullah SAW bersabda;

    “Jika engkau melakukan amal (ibadah), lakukanlah semata-mata kerana Allah dengan ikhlas, kerana tidak akan diterima amal ibadah dari hambaNya, kecuali yang dilakukan dengan ikhlas.”

    Hadis Riwayat Bukhari

     

 

Oleh itu, untuk mendapatkan keberkatan dan amalan serta ibadah kita diterima olehNya hendaklah kita sama-sama mengelakkan berlakunya perkra-perkara di atas dan perkara lain yang sewaktu dengannya. Semoga setiap amalan kita diterima dan dinilai baik oleh Allah SWT.

 

 

 

Sumber: Tazkira.net

Back To Top