skip to Main Content
5 Tips Menarik Minat Anak Membaca

5 Tips Menarik Minat Anak Membaca

5 TIPS MENARIK MINAT ANAK MEMBACA

 

Memupuk minat anak-anak membaca perlulah diajar dari mereka kecil lagi. I ni kerana untuk memupuk minat anak membaca adalah bermula daripada rumah. Ibu bapa terutamanya perlu memainkan peranan ini untuk mengajar anak-anak membaca. Memang teruja apabila melihat kanak-kanak seawal 3-4 tahun boleh membaca buku dengan cukup lancar. Tidak perlu tunggu anak-anak masuk sekolah pun, ibu bapa dah boleh ajar anak-anak di rumah.

 

Jom follow tips di bawah ni antara cara untuk menarik minat dan ajar anak-anak membaca dengan cepat.

 

 

1. PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK ANAK MEMBACA

  • Menyediakan tempat yang selesa untuk anak membaca juga merupakan salah satu faktor yang membolehkan anda menarik minat anak untuk teruskan pembacaan. Pastikan keadaan tempat tersebut selamat dan selesa serta cerah untuk anak-anak membaca. Jadi, apabila mereka selesa, mereka akan mengambil masa yang lebih lama untuk duduk di tempat tersebut bagi menghabiskan masa untuk membaca.

 

 

2. BACA BUKU UNTUK ANAK-ANAK

  • Jika anda mahukan mereka minat membaca, anda sendiri perlulah bacakan buku untuk anak-anak anda. Lebih-lebih lagi jika anda membacakan buku kesukaan mereka dengan intonasi dan memek muka mengikut watak dalam penceritaan. Anak-anak akan berasa lebih seronok dan tidak mustahil anak-anak boleh menghafal jalan penceritaan buku tersebut sekaligus membuatkan mereka ingin menambah unit buku yang ingin dibaca.

 

 

3. NYANYI LAGU ABC BERSAMA-SAMA ANAK

  • Suara sumbang? Tiada siapa peduli. Anak-anak tidak kisah jika suara ibu-bapa mereka tidak merdu. Apa yang mereka mahu ialah ibu-bapa mereka ‘join sekaki’. Lagu-lagu ‘nursery rhymes’ dan lagu-lagu rakyat boleh dinyanyikan dan digayakan bersama. Anak-anak akan mudah untuk ikut nyanyian kita kerana melalui lagu anak-anak akan lebih mudah untuk belajar.

 

 

4. SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU PERPUSTAKAAN

  • Jika setiap minggu pergi ke ‘shopping complex’, jangan lupa singgah di mana-mana kedai buku. Jika tempat anda ada ‘library’, bawa mereka ke sana pada hujung minggu. Biarkan anak-anak ‘terrorize’ tempat tersebut. Biar mereka main puas-puas. Biasanya, kedai buku akan sediakan satu ruang khas untuk kanak-kanak.Mereka boleh duduk bersama ibu-bapa di atas lantai, baca buku bersama-sama. Apabila anak membesar, dia akan ingat tempat yang selalu dibawa oleh ibu-bapa mereka.

 

 

5. TANYA SOALAN PADA ANAK-ANAK

  • Anak-anak akan lebih seronok dan suka apabila kita tunjukkan minat kita untuk bersama mereka ketika sesi membaca. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Jadi, anak-anak juga terbuka mindanya untuk memberikan jawapan sekaligus membuatkan mereka tertarik untuk meneruskan pembacaan buku tersebut.

 

 

Keismpulannya, ibu bapa perlulah meluangkan sedikit masa mereka untuk bersama anak-anak kerana pelaburan masa untuk anak-anak sungguh berbaloi. Semoga berjaya !

 

 

 

Sumber: SirapLimau

Back To Top