skip to Main Content
Resepi Cupcake Coklat

Resepi Cupcake Coklat

RESEPI CUPCAKE COKLAT

 

Baru-baru ni admin teringin nak makan kek coklat. Tapi tulah malas keluar nak pergi beli. Jadi, admin pun terus google cari resepi kek coklat tapi masa google ternampak pula resepi cupcake coklat. Lagi simple, lagi ringkas. Kuantiti nya pun cukup untuk di makan. Kalau kek takut tak habis pula. Nak buatnya pun mudah.

 

Jadi apa lagi, untuk entry kali ni admin kongsikan resepinya pada anda semua.

 

Bahan-bahan:

1 /2 cawan tepung gandum

1 cawan gula
1 biji telur

1 sudu teh soda bikarbonat

1 sudu teh garam

1/2 cawan serbuk koko

1 cawan air

1/2 cawan minyak sayuran

1 sudu teh cuka

 

 

Cara-Cara Memasak: 

 

  • Campurkan kesemua bahan kering didalam satu bekas dan kacau samada menggunakan egg whisker, senduk ataupun mixer.

 

  • Sediakan minyak, mula masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan senduk, ataupun mixer.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit, dan teruskan mengacau.

 

  • Masukkan air dan akhir sekali masukkan cuka, waktu ini, anda akan lihat adunan menghasilkan gelembung.

 

  • Tuangkan kedalam paper cup sebanyak 3/4 penuh.

 

  • Ketuk adunan dan tambahkan mana yang masih tak mencapai 3/4 cawan penuh.

 

  • Bakar pada suhu 170’c selama 17 – 20 minit, mula check cupcakes pada minit ke 15.

 

  • Sejukkan dan hidangkan.

 

Simple bukan? Selamat mencuba !

 

 

 

Sumber: Totbakedesign

 

Back To Top