skip to Main Content
Pori Terbuka Luas? Inilah Jalan Penyelesaiannya !

Pori Terbuka Luas? Inilah jalan penyelesaiannya !

PORI TERBUKA LUAS? INILAH JALAN PENYELESAIANNYA

 

Liang pori yang terbuka luas selalunya akan mengganggu penampilan seseorang baik lelaki mahupun wanita. Pori-pori yang terbuka luas kebiasaannya ditemui pada jenis kulit berminyak (oily skin) dan kulit kombinasi, terutama pada daerah T (area hidung dan dahi). Pori-pori yang terbuka luas serta kulit yang terlihat berminyak merupakan masalah yang umum terjadi pada mereka yang menginjak usianya. Tapi jangan risau uolls sebabnya terdapat beberapa tips yang admin akan kongsikan untuk anda semua cuba follow untuk mengelakkan masalah tersbeut semakin teruk.

 

 

1. Vitamin C

  • Vitamin C sangat bermanfaat karena dapat meningkatkan produksi kolagen. So, gunakanlah kosmetik yang mengandungi vitamin C atau konsumlah buah-buahan yang banyak mengandungi vitamin C.

 

 

2. Gunakan Kosmetik yang Mengandung Kolagen

  • Kolagen memiliki peranan yang penting bagi kulit. Kolagen menjadi komponen pembangun utama pada dermis, salah satu lapisan terendah pada kulit. Protein ini penting untuk menjaga kulit tetap anjal. Untuk itu, pilihlah kosmetik yang mengandungi kolagen.

 

 

3. Bersihkan Kulit Wajah Agar Sel Kulit Mati Hilang

  • Sel kulit mati tidak hanya membuatkan kulit nampak kusam, sel kulit mati juga akan memberi pengaruh negatif pada pembesaran pori-pori kulit. Sel kulit mati yang terkumpul dalam pori-pori, dalam waktu tertentu akan berubah menjadi blackhead. Untuk mengatasinya, cuci wajah anda setiap hari dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit.

 

 

4. Kurangi Kelebihan Minyak dalam Wajah

  • Kelebihan minyak di kulit wajah dapat memperbesarkan saiz pori-pori di wajah. So, kenali jenis kulit wajahmu, jika berminyak gunakanlah pembersih wajah dan kosmetik yang sesuai untuk kulit berminyak. Sehingga dapat mengurangkan kadar minyak di kulit wajah anda.

 

 

 

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat !

 

 

 

Sumber: cantik sihat

Back To Top