skip to Main Content
5 Akhlak Terpuji Rasulullah S.A.W

5 Akhlak Terpuji Rasulullah S.A.W

5 AKHLAK TERPUJI RASULULLAH S.A.W

 

Bulan Rabiul Awal adalah bulan kelahiran Rasulullah Muhammad SAW. Manusia terbaik yang terlahir di atas dunia ini adalah Rasulullah SAW. Beliau bukan hanya di utus Allah SWT untuk bangsa Arab sahaja. Namun beliau diutus Allah SWT adalah seluruh bangsa dan umat manusia di dunia ini. Allah SWT berfirman dalam al-Qur’an Surah Al-Anbiya, ayat 107:

 

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ
“Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

 

Rasulullah SAW merupakan pembawa Rahmat bagi seluruh alam yg membawa umat manusia pada jalan keselamatan di dunia dan akhirat. Petunjuk jalan tersebut adalah Dinul Islam (Agama Islam). Agama yang membawa pada jalan kebahagaiaan, kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan umat manusia. Kemuliaan Rasulullah SAW terletak pada akhlak dan peribadinya.

 

Allah SWT memuji akhlak Rasulullah SAW. Hak ini diterangkan dalam al-Qur’an, Surah Al-Qalam, ayat 4:

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
“Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia”.

 

Di antara akhlak dan peribadi Rasulullah yang Wajib dicontohi oleh setiap manusia umumnya dan Umat Islam khususnya adalah:

 

– Yang pertama:
Rasulullah sebagai seorang hamba Allah dan seorang peribadi yang rajin dari segi ibadahnya. Sehinggakan kaki Rasulullah SAW bengkak-bengkak ketika melakukan solat malam.

 

– Yang kedua.
Rasulullah sebagai seorang suami kepada isteri-isterinya. Menunjukkan yang Rasulullah adalah suami mitsali bagi para isterinya.

 

– Yang Ketiga.
Rasulullah SAW sebagai seorang ayah kepada anak-anaknya. Rasulullah adalah ayah teladan dan ayah yang baik kepada anak-anaknya.

 

-Yang keempat.
Rasulullah SAW sebagai kawan di kalangan sahabat – sahabatnya. Dari segi keakrabannya dan rapatnya di kalangan sahabatnya. Dirindui kehadirannya dan dicari ketika ketiadaannya.

 

– Yang kelima.
Rasulullah sebagai seorang imam ketika beliau memimpin solat. Baginda Rasul merupakan imam yang baik dalam menjaga ibadah solatnya.

 

 

 

Salam Maulidur Rasul !

Back To Top