skip to Main Content
Resepi Pilihan : Resepi Kek Coklat Berhantu

Resepi Pilihan : Resepi Kek Coklat Berhantu

RESEPI KEK COKLAT BERHANTU

 

Hai semua, selamat berhujung minggu ! Kadang-kadang relax, rehat-rehat dekat rumah tu mesti rasa nak mengunyah je kan mulut ni. Tapi tak tahu nak makan apa. Ha… apa kata korang try buat kek coklat berhantu ni. Bahan-bahan, cara membuat simple lah sangat. Sedap tu of course la kan. Tengok je pun dah tau. Boleh meleleh air liur ni. Huhu. Sangat sesuai untuk anda hidangkan kepada tetamu yang datang ziarah atau pun untuk anda sendiri. Sambil tengok tv tu boleh lah makan kek. Best kan?

So, korang boleh try la , follow je resepi yang admin kongsikan dekat bawah ni, daripada Seminit Resepi. Confirm menjadi. Jom check it out !

 

 

BAHAN-BAHAN

 

Bahan kek A

1 cawan susu segar

1 cawan minyak jagung

1/2 cawan susu pekat

1 cawan serbuk koko

1 cawan gula kastor

2 biji telur

 

Bahan kek B

1 cawan tepung kek

1 tbsp baking powder

 

Bahan krim

250 gram krim cheese

500 gram whipping cream

4 tbsn susu pekat

 

Bahan curahan coklat

100 gram dark choc

100 gram whipping cream

1 tspn nutella

1 tspn glucose

 

 

 

CARA MEMBUAT

 

Langkah 1

Masakkan bahan A hingga suam dan tidak berketul, kemudian masukkan bahan B. Kacau sebati.

 

Langkah 2

Masukkan adunan ke dalam bekas aliminium foil dan kukus selama 25-30 minit.

 

Langkah 3

Untuk membuat krim, pukul creamcheese bersama susu pekat hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream. Pukul hingga kembang.

 

Langkah 4

Untuk membuat curahan coklat, satukan semua bahan dan cairkan menggunakan kaedah double boiler. Sedia digunakan.

 

Langkah 5

Kek tadi hendaklah dipotong kepada 2 lapisan. Kemudian lapiskan kek dan krim.

 

Langkah 6

Untuk lapisan atas sekali, curahkan coklat. Sejukkan dan sedia dihidang.

 

 

 

Selamat mencuba untuk semua !

Back To Top