skip to Main Content
Apa Pentingnya Make Up Remover Untuk Mereka Yang Tidak Menggunakan Make Up?

Apa Pentingnya Make Up Remover Untuk Mereka Yang Tidak Menggunakan Make Up?

APA PENTINGNYA MAKE UP REMOVER

UNTUK MEREKA YANG TIDAK MENGGUNAKAN MAKE UP? 

 

 

Hai, jumpa lagi kita untuk entry kali ni ! Harapnya semua sihat dan masih bersemangat untuk teruskan pembacaan yang akan admin kongsikan untuk anda hari ni 🙂

 

So, berbalik pada topik kita hari ni mengenai make up remover. Admin tahu rata-rata semua wanita tahu mengenai makeup remover tapi masih ramai yang tidak tahu akan kepentingannya untuk penjagaan kulit wajah. Bagi anda mungkin merasakan menggunakan pencuci muka dan baby oil sahaja sudah memadai untuk tanggalkan makeup. Namun, sebenarnya sangkaan anda itu adalah salah.

 

 

Make up remover sangat penting bukan sahaja untuk anda yang bermakeup malah yang tidak bermakeup juga adalah penting. Kenapa admin katakan begitu? Ini kerana jika kulit wajah kita tidak dibersihkan dengan betul, berkemungkinan akan adanya masalah liang pori tersumbat dengan segala kotoran. Jadi, itulah sebabnya kenapa anda bising apabila jerawat-jerawat kecil, whitehead, blackhead muncul di permukaan kulit wajah anda.

 

Admin faham, salah faham sering berlaku dalam kalangan mereka yang tidak mengenakan solekan. Bagi mereka makeup remover tidak diperlukan kerana tiada solekan di wajah yang perlu dibersihkan. Tapi tahukah anda bahawa faktor yang menyebabkan liang pori tersumbat bukan sahaja kerana makeup malah pencemaran udara, air dan juga sentuhan. Disebabkan itulah kenapa pentingnya makeup remover bagi anda yang bermakeup dan tidak bermakeup.

 

 

MAKEUP REMOVER NURRAYSA

 

Jadi, di Nurraysa Beauty kami mempunyai makeup remover yang dinamakan FAST CLEAN EYE MAKEUP REMOVER yang mana sangat membantu bagi membersihkan kulit wajah anda daripada sebarang kekotoran di permukaan kulit wajah. Antara fungsinya adalah seperti berikut ;

 

Fungsi

  • Melembut dan melembapkan kulit terutamanya selepas menanggalkan makeup
  • Bertindak sebagai pelincir pada permukaan kulit untuk menjadikan kulit lembut & licin
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Menggunakan sumber organik
  • Menyeimbangkan pH kulit
  • Mudah untuk menanggalkan makeup
  • 100% water, oil free, tidak menyebabkan muka berminyak
  • Sesuai dibawa untuk travel

 

Jangan risau tentang keselamatannya kerana ke semua produk Nurraysa adalah daripada bahan semula jadi yang mana tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Diluluskan oleh KKM dan mendapatkan pensijilan HALAL dari Jakim. Jadi, sangat selamat digunakan.

 

 

TAK PERCAYA ? NAH KITA TENGOK TESTIMONI DARIPADA PENGGUNA

 

 

Back To Top