skip to Main Content
4 Tips Elakkan Rambut Berbuah

4 Tips Elakkan Rambut Berbuah

4 TIPS ELAKKAN RAMBUT BERBUAH

 

Saya bertudung dan rambut saya selalu berbuah. Ada cara tak untuk atasi masalah ni ?

 

 

Haa.. siapa yang diantara anda yang mengalami masalah seperti di atas? Kebanyakkan yang mengalami masalah rambut berbuah adalah wanita bertudung. Hujung rambut berbuah terjadi yang mana ada bendasing putih di hujung rambut dan kelihatan seperti telur kutu.

 

Rambut yang basah diikat, ditutup dengan kain tebal mahupun diperap di dalam tudung membautkan rambut menjadi busuk dan lama kelamaan berminyak serta berbuah.

 

Di bawah ini admin kongsikan dengan anda 4 Tips Elakkan Rambut Berbuah:

 

 

Elakkan dari membasuh rambut setiap hari

Ini bukan pilihan yang baik untuk mereka yang sering mengikat rambut atau wanita bertudung. Sekali setiap dua hari atau mereka yang ingin membasuh setiap hari, basuhlah pada waktu malam. Jadi anda ada masa untuk mengeringkannya.

 

Pilih syampu yang betul

Kebiasaannya rambut berbuah terjadi kerana ia mengandungi lebihan minyak. Justeru, pilih syampu yang khusus untuk masalah ini.

 

Masalah bakteria

Tahukah anda rambut yang diperam boleh menghasilkan bakteria yang menyebabkan rambut rosak dan berbau busuk? Masalah ini melanda mereka yang kerap memakai helmet, tudung atau topi. Peluh yang berkumpul memerangkap bakteria dan menyebabkan pelbagai masalah rambut lain. Jangan lupa buat rawatan rambut ya! Mungkin pupur rambut dan ekstrak lemon boleh menyingkir bau yang tidak menyenangkan itu.

 

Perihal ikat rambut

Punca utama hujung rambut berbuah adalah kerana mengikat rambut yang basah. Dan jangan ikat rambut ketika tidur, rambut juga perlu bernafas.

Sumber: Eh!

Back To Top