skip to Main Content
Menangani Masalah Stress Dengan Bijak

Menangani Masalah Stress Dengan Bijak

MENANGANI MASALAH STRESS DENGAN BIJAK

 

Setiap orang tak lari dengan masalah stress. Tidak dapat dinafikan lagi setiap orang akan menghadapi stress. Yang bezanya cuma bagaimana seseorang mengawal stress tersebut supaya tidak berlarutan. Jika tidak dikawal, ia boleh memudaratkan kesihatan diri anda. Jadi, jangan pandang mudah dengan masalah ini. Sebelum ia lebih teruk, eloklah kiranya anda ketahui cara untuk menangani masalah stress ini.

Stress ni sebenarnya adalah satu tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental kepada sebarang perubahan.

 

 

Tanda-Tanda Anda Stress

  • Letih Keterlaluan
  • Sakit kepala
  • Cepat Marah
  • Gelisah
  • Gangguan Tidur
  • Perubahan Selera Makan
  • Tingkah Laku Agresif

 

 

Tapi Kenapa Anda Stress? 

Di sini admin kongsikan antara 5 faktor utama yang mempengaruhi keadaan anda yang stress.

 

1. Diri sendiri

  • Kemungkinan stress berlaku adalah berpunca daripada diri kita sendiri di mana pada satu tahap kita meletakkan satu harapan yang tinggi yang boleh kita capai untuk diri kita tapi pengakhirannya kita tidak dapat capai apa yang diimpikan. Kita kecewa dan ini menyebabkan kita stress sendiri.

2. Keluarga

  • Keadaan keluarga seperti suami isteri, adik-beradik, saudara-mara yang menghadapi konflik rumah tangga, kewangan & tragedi yang tidak dapat dilupakan juga merupakan salah satu faktor yang mengganggu pemikiran kita seterusnya membawa kepada masalah stress.

3. Pekerjaan

  • Mereka yang bekerjaya juga kadangkala akan menghadapi masalah yang sama apabila bebanan kerja yang terlalu banyak sehingga tiada ruang untuk rehatkan diri sendiri. Bukan itu sahaja, di tempat kerja juga stress boleh berlaku apabila anda mengahadapi konflik dengan rakan sekerja anda.

 

 

Apa Yang harus Anda Lakukan Ketika Marah?

 

  • Bertenang : Tarik nafas dengan mendalam dan lepaskan perlahan-lahan
  • Kenal pasti punca anda marah : Jika tidak dapat mengawal keadaan, tinggalkan tempat tersebut
  • Berbincang : Jika anda mempunyai apa-apa masalah, eloklah berbincang atau kongsikan dengan keluarga atau rakan anda. Sekurangnya ia dapat mengurangkan beban anda walapun sedikit.

 

 

AMALKAN 10B

  • Bersyukur
  • Bernafas Dengan Teratur
  • Bicara Diri
  • Beribadat
  • Berkongsi Perasaan
  • Berehat dan Berurut
  • Mendengar Muzik
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran Positif

 

 

Sumber: Unit Kesihatan Mental

Back To Top