skip to Main Content
5 Minit Resepi Bubur Pulut Hitam

5 Minit Resepi Bubur Pulut Hitam

5 MINIT RESEPI BUBUR PULUT HITAM

 

Hai ! masih pening fikir nak masak apa untuk makan minum petang-petang nanti? Ha.. nah admin kongsikan resepi mudah masak bubur pulut hitam daripada Raffie Yusoff. Jom check it out !

 

  • Resepi untuk 5-6 hidangan, boleh bahagikan 2 kalau nak buat sikit
  • 400gm beras pulut hitam (direndam at least 1 jam. Kalau semalaman lagi elok, cepat masak & empuk)
  • Bilas bersih dan toskan

 

Dalam periuk sederhana besar, masukkan:

  • Beras pulut yg telah direndam
  • 1.5 liter air (1 jag sederhana)
  • 3 helai daun pandan

Masak dengan api perlahan sehingga beras benar2 empuk (sebahagian butir beras akan merekah dan kelihatan isi berwarna putih)

Kalau kering tambah sedikit air

Masukkan:
50gm nisang/gula melaka
2 kotak santan (kecil), kalau guna santan fresh 400ml
6-7 sudu besar gula (ikut citarasa)
1/2 sudu kecil garam

 

Kalau terlalu pekat boleh tambah air lagi atau fresh milk sebab dah sejuk nanti akan jadi bertambah pekat

Siap! Hidangkan bersama sedikit krim atau santan untuk efek berkrim bagi yang suka

Back To Top