skip to Main Content
Resepi Pilihan : Kerabu Sotong

Resepi Pilihan : Kerabu Sotong

RESEPI PILIHAN : KERABU SOTONG

 

Wah, admin rasa tiba-tiba nak makan sotong. Jadi, admin pun terfikir nak buat kerabu sotong. Kebetulan dah try resepi ni admin kongsikan juga la dengan uollss semua. Mana tahu ada yang tengah fikir nak masak apa kan? So, nah resepi nya di bawah ni. Mudah sangat. Sedap pun sedap !

 

 

BAHAN-BAHAN:

500 g sotong (Dibuang kulit dan dihiris kecil)

Sedikit suhun (Direndam sehingga lembut)

1 pokok daun ketumbar

1 labu bawang besar

5 biji cili api

3 biji cili merah

2 kuntum bunga kantan

2 biji tomato

1 batang timun

6 biji limau kesturi (Diambil jusnya)

2 sudu teh kicap cair

1 sudu teh gula

Garam secukup rasa

 

 

CARA-CARA MEMASAK:

1Sotong dimasukkan ke dalam kuali dan masakkan sekejap. Angkat dan

2masukkan ke dalam mangkuk.

3Hiris kasar daun ketumbar.

4Hiriskan bawang besar, cili merah, cili api, bunga kantan dan tomato.

5Sagat halus atau racik timun.

6Gaulkan semua bahan dan hidangkan.

 

Back To Top