skip to Main Content
Resepi Viral! Cara Buat Cloud Egg Sebagai Sajian Sarapan Unik Lagi Sihat

Resepi Viral! Cara Buat Cloud Egg Sebagai Sajian Sarapan Unik Lagi Sihat

RESEPI PILIHAN: CLOUD EGG

 

  • Telur Ayam
  • Keju Parmesan (parut)
  • Garam
  • Lada Hitam
  • Bijan (hiasan)
  • Daun Bawang (hiris)

 

1. Pecahkan telur satu persatu. Kiraan telur adalah mengikut ‘berapa orang makan’.

2. Asingkan kuning telur daripada putih telur (boleh guna cara sedutan botol kosong agar mudah asingkan kuning telur).

3. Masukkan parutan keju parmesan, garam serta lada hitam sesedap rasa ke dalam putih telur.

4. Pukul menggunakan mixer hingga putih telur ringan seperti tekstur meringue. 

5. Alaskan dulang pembakar dengan kertas pembakar atau sembur ia dengan baking spray terlebih dahulu untuk mengelak telur melekat pada logam dulang dan sukar dialihkan kemudian.

6. Ceduk putih telur menggunakan senduk lalu letak ia setempat di atas dulang. Dengan sudu, lengkungkan bahagian tengah putih telur untuk letak kuningnya nanti.

7. Bakar selama 5 hingga 8 minit pada suhu 230ºC sehingga putihnya menjadi garing sikit.

8. Keluarkan putih telur yang meyerupai awan dari oven dan letakkan kuning telur di bahagian lengkungan tengahnya.

9. Masukkan kembali dulang ke dalam ketuhar selama beberapa minit lagi hingga kuning telurnya masak.

10. Siap! Nikmatinya dengan taburan hirisan daun bawang dan bijan sebagai sarapan enak lagi berkhasiat!

 

Back To Top