skip to Main Content
Cara Melebatkan Bulu Kening

Cara Melebatkan Bulu Kening

CARA MELEBATKAN BULU KENING

 

Kalau dulu ramai yang nak bulu kening halus dan terbentuk atau dengan kata lain,’kening satu line’. Berbeza pula dengan trend sekarang, masing-masing sibuk mahu memiliki bulu kening lebat dan tebal ala-ala orang Arab.

Bulu kening umpama ‘tingkap’ kepada kecantikan mata kita. Mempunyai bulu kening yang lebat kelihatan sangat natural dan nampak asli.

Apabila berbicara tentang kecantikan, ramai yang bersetuju untuk mencuba cara tradisional. Selain bahan-bahanya mudah didapati, ia juga tidak akan memberi kesan sampingan seperti bahan kimia yang lain. Jadi, ia sangatlah selamat untuk digunakan.

 

Petua Melebatkan Bulu Kening

1. Lidah Buaya

Ambil daun lidah buaya, ramaskan hingga melekit dan sapukan di kening anda setiap malam. Anda akan berasa sedikit gatal tetapi ia akan memberikan hasil yang mengagumkan.

 

2. Minyak Buah Keras

Anda perlu buang dulu kulit buah keras. Kemudian bakar buah keras tadi sehingga hitam dan keluar minyaknya. Sapukan minyak buah keras pada bulu kening anda dua kali sehari. Amalkan selama seminggu.

 

Tips Melukis dan Membentuk Kening 

 

Bukan semua wanita memiliki bulu kening yang lebat atau tebal secara semula jadi. Bagi wanita yang memiliki bulu kening nipis dan sedikit, pensel kening boleh digunakan untuk mencantikkannya.

Terdapat lima bentuk kening yang asas iaitu kening yang berbentuk normal atau biasa, serong, bersudut, melengkung dan lurus. Saiz bulu kening pula dikategorikan kepada tiga iaitu tebal, nipis dan sederhana. Apabila membentuk bulu kening hendaklah disesuaikan dengan bentuk muka, dahi dan juga mata individu berkenaan. Bahkan saiz bulu kening hendaklah sepadan dengan muka. Adakalanya, saiz bulu kening bergantung kepada kehendak seseorang dan boleh juga dipengaruhi kehendak fesyen terkini.

  • Bagi bentuk wajah yang panjang sesuai dengan bentuk kening yang lurus.
  • Muka bulat sesuai dengan bentuk melengkung.
  • Muka segi empat amat sesuai dengan bentuk kening bersudut.
  • Muka segi tiga sesuai dengan bentuk melengkung.
  • Dahi rendah dan sempit sesuai dengan bentuk kening yang melengkung sedikit.
  • Mata yang rapat sesuai dengan bentuk lengkungan yang tinggi dengan jarak di antara kening dilebarkan dan hujungnya dipanjangkan.

Melukis kening merupakan langkah kedua selepas meratakan bedak asas di wajah. Penting untuk melukis kening agar memberi kesan yang lebih mendalam terhadap solekan anda. Hanya dengan 4 langkah sahaja kening anda akan kelihatan lebih menyerlah. Kebiasaannya percubaan kali pertama tidak akan berjaya.

Apa kata, anda cuba melukis kening dengan cara ini berulang kali pasti kening anda akan terbentuk cantik.

  • Langkah 1

Lukiskan di bahagian bawah dahulu dan tarik ke atas serta bentukkan lekuk yang cantik di hujung.

 

  • Langkah 2

Setelah sudah bahagian bawah, lukis pula bahagian atas dan bentukkan ia seperti garisan lurus yang menaik ke atas.

 

  • Langkah 3

Ratakan dengan menggunakan berus kening agar ia kelihatan cantik dan kemas.

 

  • Langkah 4

Setelah siap, tutup celaan dengan bedak asas bagi memberi impak sempurna terhadap kening anda.

 

Disamping itu anda juga boleh menggunakan Perfect Brow Shaping untuk nampak efek lebih maksima dan kemas kerana Perfect Brow Shaping ini dapat memudahkan anda melukis kening bagi permulaan.

Selamat mencuba dan selamat beramal

Back To Top