skip to Main Content
5 Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama Sepanjang Hari

5 Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama Sepanjang Hari

LIPSTIK TAHAN LEBIH LAMA

 

Sebahagian wanita menganggap lipstik menjadi kosmetik penting yang akan dibawa pada setiap hari. Memakai lipstik dianggap satu kemestian dan menjadi tunjang penampilan mereka untuk nampak lebih cantik dan segar.

 

Namun, ramai wanita yang mengeluh kerana sering terpaksa menyapu lipstik berkali-kali di bibirnya. Ini adalah kerana rata-rata lipstik yang digunakan tidak tahan lama atau cepat pudar, malahan hilang. Kesan lipstik biasanya akan melekat di gelas, hilang setelah makan atau disebabkan anda kerap membasahi bibir.

 

Di sini kami ingin memberikan beberapa tips agar lipstik yang pakai di bibir tahan lebih lama.

 Apa yang diperlukan agar lipstik tahan lama:

  • Lip scrub
  • Lip balm/pelembab bibir
  • Lip liner berwarna nude
  • Lipstik kegemaran anda
  • Bedak tabur berwarna transparent

Cara Pakai Lipstik Agar Tahan Lama

1. Tanggalkan seluruh kulit-kulit mengelupas pada bibir, dengan menggunakan lip scrub atau gunakan berus gigi, gosok perlahan-lahan dan gunakan air suam.

2. Setelah bibir menjadi halus, gunakan pelembab bibir dan biarkan beberapa saat hingga pelembab menyerap. Pemakaian pelembab atau lip balm sangat penting untuk mengunci kelembaban dan menghindari bibir pecah-pecah.

3. Buat garis bibir dengan menggunakan lip liner berwarna nude, kemudian barulah disapu dengan lipstik yang menjadi kegemaran anda.

4. Tekan perlahan bibir yang sudah diberi lipstik dengan menggunakan tisu, sapukan kembali lipstik dengan warna yang sama.

5. Terakhir, sapukan bedak tabur warna transparent di permukaan bibir sebagai lapisan terakhir.

 

Selain itu, boleh juga guna Pearl Magic Lipstick untuk bibir nampak lebih cantik dan menawan dengan sekali oles sahaja

 

 

Back To Top