skip to Main Content
Dapatkan Kulit Yang Cantik, Anjal Dan Gebu Dengan Kombinasi Vitamin Yang Tepat

Dapatkan Kulit Yang Cantik, Anjal Dan Gebu Dengan Kombinasi Vitamin Yang Tepat

VITAMIN UNTUK KULIT YANG CANTIK

 

Setiap wanita mengimpikan kulit yang kelihatan anjal, cantik dan gebu. Apatah lagi, sekiranya sering dipuji oleh rakan-rakan ataupun suami. Vitamin kecantikan adalah antara salah satu cara untuk mencantikkan kulit anda, bermula dari dalam sehingga luaran selain mengamalkan gaya hidup yang sihat dan amalan pemakanan seimbang. Jom ketahui rahsia kombinasi vitamin untuk mendapatkan kulit gebu walaupun tanpa make-up. Bak kata orang ‘natural beauty’.

 

Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik

 

Vitamin C

Vitamin C memang diketahui umum mempunyai kebaikan untuk kulit kerana ia dapat membentuk kolagen dalam kulit. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, jika kolagen dalam kulit anda berkurangan, ia akan menimbulkan kedutan pada kulit.

Vitamin C juga merupakan antioksidan yang hebat dalam melawan penuaan sel kulit. Pengambilan Vitamin C setiap hari dapat melambatkan penuaan, menjadikan kulit anda lebih cerah dan menyekat pembentukan pigmentasi pada kulit. Pigmentasi merupakan punca tercetusnya jeragat. Kebaikan vitamin C yang lain ialah:

  • Melancarkan peredaran darah sehingga kulit kelihatan lebih segar.
  • Merawat jerawat di wajah & badan.
  • Kulit yang sekata, cerah dan lembab.

Vitamin C dan bioflavonoid antioksidan diperlukan paling kurang oleh 300 fungsi metabolisme dalam tubuh manusia. Vitamin C penting untuk memperbaiki sel-sel, melawan infeksi dan meningkatkan daya ketahanan tubuh. Selain itu, bioflavonoid bertindak sebagai anti bakteria dalam tubuh. Untuk melawan jerawat, kita disarankan mengambil vitamin C 1.000 miligram tiga kali sehari.

 

Vitamin E

Bagi mereka yang mengamalkan diet tinggi Vitamin E, kulit mereka akan tampak awet muda berbanding usia sebenar. Vitamin E juga termasuk dalam kombinasi vitamin untuk kulit cantik kerana sebiji kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, menjaga kesegaran dan keremajaan kulit, melindungi kulit dari sinaran ultra-ungu, menjaga kelembapan kulit, dan juga menghapuskan radikal bebas yang merosakkan. Selain itu juga, Vitamin E dapat memulihkan tekstur kulit dan menghilangkan kesan parut pada kulit.

 

Kesimpulan

Sememangnya gabungan vitamin ini terkenal dalam menghasilkan kulit yang gebu, halus dan licin. Tetapi anda perlulah sabar untuk melihat hasilnya. Jangan mudah berputus asa untuk mendapatkan kulit yang cantik. Elakkan juga daripada mendapatkan kecantikan ekspress dengan menggunakan suntikan. Anda juga harus ingat, sebaik-baik kecantikan adalah ‘beauty come from within’ iaitu kecantikan yang lahir dari dalaman.

 

Credit: WOM

Back To Top