skip to Main Content
Resepi Pilihan : Donat Coklat

Resepi Pilihan : Donat Coklat

RESEPI PILIHAN : DONUT COKLAT

 

Pasti ramai yang  tahu dengan kuih donat yang unik ini. Anda juga boleh menvariasikan rasanya mengikut kesesuaian dengan selera masing-masing. Malahan, sehingga ke hari ini, kuih donat ini masih digemari ramai. Jadi, tidak hairan ramai yang ingin mencuba membuat sendiri kuih donat ini. Biasanya donat memiliki ciri bulat dan lubang di bahagian tengahnya. Namun, ada juga variasi donat yang bulat penuh dan berisi krim. Rasanya yang enak menjadi daya tarikan tersendiri sehingga ramai yang suka membuatnya sendiri di rumah.

Membuatnya tidak sesukar mana, berikut adalah cara membuat kuih Donat Coklat. Sesuai juga jika dibawa sebagai bekal untuk berjalan-jalan berkelah di tepi pantai.

 

Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1400 gm tepung gandum tinggi protein(hard wheat)
  • 600 gm tepung gandung protein sederhana (medium wheat)
  • 30 gm instant yeast
  • 300 gm gula pasir
  • 300 gm margarine
  • 900 ml air sejuk
  • 200 gm telur
  • 60 gm susu tepung
  • 20 gm baking powder
  • I sudu teh ‘bread imporver’
  • I sudu teh esen vanilla
  • 25 gm garam halus
  • Minyak untuk menggoreng secukupnya

 

Untuk salutan :

  • 400 gm ‘dark cooking chocolate’ (dicairkan dengan menggunakan  teknik ‘double boiling’)
  • 200 gm ‘white cooking chocolate’ (dicairkan dengan menggunakan teknik ‘double boiling’)

 

Cara membuat Donat Coklat :

  1. Campurkan tepung gandum, ‘instant yeast’, susu tepung, gula pasir, ‘baking powder’, ‘bread improver’, esen vanilla dan garam. Gaul hingga rata
  2. Kemudian masukkan air sejuk, margarine dan putar dengan ‘mixer’ dengan dua kelajuan selama 12 minit atau sehingga adunan sebati dan kembang.
  3. Kemudian gunakan tangan, bulatkan adunan. Biarkan di tempat yang panas sedikit dan tutup selama 30 hingga 60 minit atau sehingga adunan tersebut menjadi kembang dua kali ganda.
  4. Kempiskan adunan tersebut dan terus mengulinya.
  5. Giling adunan dengan ketebalan 1 cm. Cetak dengan cetakan donat. Lakukan hingga adunan tersebut habis.
  6. Biarkan adunan yang sudah dibentuk itu selama 40 minit.
  7. Kemudian, panaskan minyak dan goreng adunan donat sehingga kekuningan dan masak.
  8. Angkat dan sejukkan.
  9. Kemudian siram donat dengan krim coklat tadi.
  10. Berikan motif garis dengan ‘white cooking chocolate’.
  11. Ok, dah siap dah boleh dihidangkan.

 

Tips:

Kandungan air dalam tepung gandum tersebut adalah berbeza-beza. Jadi, tambahkan air sedikit demi sedikit. Hentikan penambahan air jika adunan menjadi terlalu lembik.

 

 

Back To Top