skip to Main Content

Hukum Had Maksimum Untung

Hukum Dropship

Collagen Soap

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap selamat digunakan?

A: Ya, selamat digunakan kerana bahan dalam produk ini bebas bahan kimia berbahaya. Bebas merkuri, hydroquinone dan paraben.

 

Q: Apakah bahan utama yang terkandung dalam Collagen Soap ini?

A: bahan utama tersebut adalah Kolagen Marin, Minyak Zaitun, Susu Kambing dan Herba-Herba terpilih.

 

Q: Nurraysa Collagen Soap boleh tahan berapa lama?

A: Nurraysa Collagen Soap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bergantung pada kekerapan penggunaan pengguna.

 

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap boleh digunakan untuk badan juga?

A: Ya boleh.

 

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap sesuai untuk kulit sensitif?

A: Ya sesuai kerana sabun ini tiada bahan kimia berbahaya.

 

Q: Sebelum saya guna Nurraysa Collagen Soap, perlu tak saya rehatkan kulit muka?

A: Ya, anda perlu rehatkan kulit muka selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda.

 

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?

A: Anda boleh pakai compact powder,masker dan skrub daripada bahan semulajadi.

 

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?

A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan semula jadi dan merawat kulit secara semulajadi tanpa merosakkan struktur kulit.

 

Q: Saya dah guna produk ini, kenapa kulit muka saya naik jerawat?

A: Ini adalah proses pemulihan kulit, jadi teruskan pakai Nurraysa Collagen Soap sehingga jerawat kecut.

 

Q: Selain daripada Nurraysa Collagen Soap, apa yang boleh saya pakai untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat?

A: Anda boleh pakai Nurraysa Collagen Powder, Set Skincare Trial Pack dan Argan Whitening Moisturizer untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat.

 

Q: Saya menggunakan produk ini dalam masa yang sama saya juga menggunakan krim jenama lain. Adakah ia dibenarkan?

A: Sebaiknya kami tidak galakkan anda mencampur produk lain kerana dibimbangi berlaku tindak balas seperti naik jerawat.

 

Q: Saya ada anak kecil yang menghidap eczema. Adakah sabun ini sesuai dan selamat dipakai pada anak saya?

A: Ya selamat dan sesuai kerana sabun ini mengandungi bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi SLES.

 

Q: Saya baru menggunakan Collagen Soap, kenapa kulit saya jadi kering selepas cuci muka?

A: Jika kulit anda kering, seeloknya anda menggunakan Argan Whitening Moisturizer bagi melembapkan semula kulit wajah dan minum banyak air kosong, minimum 3 liter sehari.

Skincare Set Trial Pack

Q: Berapakah item yang terdapat dalam Skincare Set Trial Pack?

A: 4 item iaitu Nurraysa Collagen Soap 30 gm, Miracle Whitening Spray 30ml, Treatment Serum 15ml & UV Cream 5gm.

 

Q: Skincare Set Trial Pack ini boleh tahan berapa lama?

A: Skincare Set Trial Pack boleh tahan 3-4 minggu bergantung kepada kekerapan penggunaan pengguna.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi merkuri, hidroquione dan paraben?

A: Tidak ada. Produk ini berasaskan bahan semulajadi dan tidak merosakkan kulit wajah.

 

Q: Sebelum saya guna Skincare Set Trial Pack, perlu tak saya rehatkan kulit muka?

A: Ya, anda perlu rehatkan kulit muka selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda.

 

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?

A: Anda boleh pakai compact powder,masker dan skrub daripada bahan semula jadi.

 

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?

A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan organik dan merawat kulit secara semulajadi tanpa menghakis struktur kulit.

 

Q: Saya dah guna 1 set Skincare Set Trial Pack ini tetapi kenapa muka saya naik jerawat?

A: Jika kulit muka naik jerawat, anda perlu berhenti pakai Skincare Set Trial Pack. Pakai Collagen Soap sahaja sehingga kulit wajah bebas dari jerawat.

 

Q: Saya sudah pakai Collagen Soap dan kulit saya kini bebas daripada jerawat. Bolehkah saya guna Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream?

A: Ya, boleh. Jika selepas menggunakan Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream wajah sis naik jerawat semula, behenti menggunakannya dan guna Nurraysa Collagen Soap sahaja.

 

Q: Kenapa saya perlu berhenti guna Miracle Whitening Spray, Treatment Serum & UV Cream kalau wajah saya naik jerawat semula?

A: Ini bermakna kulit anda belum betul-betul bebas daripada toksin, jadi kulit akan berjerawat.

 

Q: Muka saya naik jerawat bernanah selepas guna produk ini, adakah ia dalam proses pemulihan kulit atau saya perlu hentikan penggunaan?

A: Kami sarankan anda hentikan penggunaan produk ini dalam masa seminggu, dalam tempoh tersebut biarkan kulit anda bebas daripada pakai apa-apa produk. Selepas itu ada cuma pakai Collagen Soap sahaja.

 

Q: Adakah Nurraysa Skincare Set Trial Pack boleh membantu masalah kulit jeragat?

A: Ya, ia boleh membantu mengurangkan pigmentasi/jeragat pada kulit wajah.

 

Q: Berapa lamakah saya perlu menggunakan Nurraysa Skincare Set untuk mendapatkan kulit bebas jerawat dan cerah?

A: Kesan berbeza-beza ke atas individu dan bergantung kepada masalah kulit masing-masing. Jika kulit anda tiada masalah yang serius, kesan boleh dilihat seawal 3 minggu dan ada juga dalam tempoh 2-3 bulan.

 

Q: Kulit saya berminyak dan kusam, adakah produk ini boleh membantu mengatasi masalah ini?

A: Ya boleh. Fungsi produk ini untuk membantu mengurangkan masalah kulit berminyak, kusam dan kulit berjerawat.

 

Q: Golongan umur berapakah produk ini sesuai dipakai?

A: Produk ini boleh dipakai dari umur 13 hingga 50 tahun ke atas.

 

Q: Lelaki dan perempuan boleh pakai produk ini?

A: Ya, lelaki dan perempuan boleh menggunakannya.

 

Q: Produk ini mesra wuduk dan boleh dibawa solat?

A: Ya, mesra wuduk dan boleh dibawa solat. Treatment Serum dan Miracle Whitening Spray bersifat air, manakala UV Cream sangat mudah dicuci tapi perlu menggunakan sabun atau makeup remover.

 

Q: Produk ini ada kelulusan KKM?

A: Ya, sudah semestinya ada. No KKM Skincare Set Trial Pack:

Collagen Soap: NOT160902956K

Treatment Serum NOT160902953K

Miracle Whitening Spray NOT160902954K

UV Cream NOT160902955K

 

Q: Adakah produk ini mendapat Sijil Pengesahan Halal dari pihak JAKIM?

A: Ya, kami mendapat kelulusan Halal dari pihak JAKIM dengan nombor siri A43495.

 

Q: Kalau kulit saya kering, apa yang perlu saya pakai?

A: Anda boleh gunakan Argan Whitening Moisturizer dan jangan biarkan lama sabun di muka sebelum bilas.

 

Q: Adakah produk Nurraysa repack atau kimbang kilo?

A: Tidak, produk Nurraysa diformulasi dan di R&D di kilang sebelum dikeluarkan dan tekstur produk tidak sama dengan produk timbang kilo.

Miracle Whitening Spray

Q: Apakah fungsi utama Miracle Whitening Spray?

A: Fungsi utama Miracle Whitening Spray adalah mencerah dan menegangkan kulit wajah.

 

Q: Muka saya berminyak ketika bangun pagi, adakah spray ini boleh kurangkan minyak di muka saya?

A: Ya boleh, ia akan mengurangkan pengeluaran sebum pada waktu malam dan buat kulit lebih segar bila bangun dari tidur.

 

Q: Waktu bilakah sesuai pakai spray ini?

A: Anda boleh pakai selepas apply Treatment Serum sebelum tidur.

 

Q: Adakah spray ini boleh buat solekan tahan lama?

A: Ya, ia boleh buat solekan tahan lama malah makeup artist juga menggunakan spray ini dalam solekan mereka.

Treatment Serum

Q: Apakah fungsi Treatment Serum ini?

A: Fungsinya adalah untuk merawat kulit terbakar, anti jerawat dan membantu melembapkan kulit wajah dan menutup liang pori.

 

Q: Saya baru berumur 14 tahun, adakah saya sesuai dan boleh pakai Treatment Serum ini?

A: Ya, boleh pakai kerana kandungan dalam Treatment Serum adalah bebas bahan kimia berbahaya.

 

Q: Kulit muka saya berjerawat, boleh ke saya guna Treatment Serum sahaja?

A: Boleh tetapi kesannya lambat berbanding jika anda mengguna Skincare Set Trial Pack.

 

Q: Berapa lama kesan yang saya akan dapat selepas guna Treatment Serum?

A: Ia bergantung kepada masalah kulit anda, jika kulit anda kurang bermasalah boleh kesan boleh dilihat dalam masa 3 hingga 4 minggu. Jika kulit bermasalah, boleh lihat kesan dalam masa 30 hingga 45 hari jika dipakai secara konsisten setiap hari.

 

Q: Pada waktu bila saya perlu apply Treatment Serum ini?

A: Anda boleh apply pada waktu pagi selepas cuci muka dan Collagen Soap dan sebelah malam sebelum tidur.

 

Q: Adakah Treatment Serum ini boleh mengecilkan pori yang terbuka?

A: Ya, ia boleh mengecilkan pori dan menghaluskan kulit wajah.

Collagen Powder

Q: Sumber kolagen dalam Collagen dari sumber mana?

A: Bahan utama kolagen dalam Collagen Powder berasaskan ikan laut dalam iaitu ikan salmon.

 

Q: Saya ada darah tinggi, boleh ke saya makan Collagen Powder?

A: Boleh, jika makan ubat anda perlu jarakkan masanya sebelum makan Collagen Powder.

 

Q: Saya bekas pengidap kanser, adakah saya boleh makan Collagen Powder ini?

A: Untuk bekas pengidap kanser atau pengidap kanser tidak boleh mengamalkan apa-apa produk yang berasas kolagen kerana boleh menggalakkan sel-sel kanser kembali aktif.

 

Q: Waktu bila sesuai makan Collagen Powder?

A: Boleh amalkan sebelah pagi semasa perut kosong dan sebelah malam sebelum tidur.

 

Q: Warga emas boleh makan Collagen Powder?

A: Boleh, kerana ia memberi tenaga dan membantu mengurangkan masalah sakit lutut.

 

Q: Wanita mengandung boleh makan Collagen Powder?

A: Boleh, tetapi hanya pada usia kandungan anda berusia 6 bulan keatas sahaja.

 

Q: Collagen Powder ini boleh memperbanyak susu badan?

A: Ya boleh kerana ia mengandungi bahan yang menggalakkan pengeluaran susu badan.

 

Q: Adakah Collagen Powder ini boleh memutihkan kulit?

A: Ya, kandungan kolagen ikan salmon dalam Collagen Powder ini bertindak membersih toksin, menganjalkan kulit dan seterusnya membuatkan kulit kembali cerah.

 

Q: Adakah Collagen Powder ini boleh mengurangkan berat badan?

A: Ya boleh kerana kami pernah mendapat maklumbalas daripada pengguna mengatakan dia turun berat hampir 5 kg dalam 2 bulan selepas mengamalkan Collagen Powder ini.

UV Cream

Q: Apakah fungsi utama UV Cream ini?

A: Fungsi utama UV Cream ini adalah membantu melindungi kulit wajah dari sinaran UV dan mengurangkan pigmentasi.

 

Q: Adakah UV Cream ini mesra wuduk?

A: Ya krim ini mesra wuduk, walau bagaimanapun anda perlu cuci dengan makeup remover terlebih dahulu sebelum berwuduk.

 

Q: Saya berusia 50 tahun, adakah saya sesuai pakai UV Cream ini?

A: Ya sesuai kerana ia boleh digunakan dari lingkungan umur 13 tahun ke atas.

 

Q: Bolehkah saya pakai UV Cream sahaja tanpa perlu pakai apa-apa bedak lain?

A: Ya boleh, anda boleh pakai UV Cream sahaja untuk keluar rumah. Walau bagaimanapun anda boleh apply bedak compact untuk nampak kesan lebih flawless.

 

Q: Waktu bilakah saya perlu pakai UV Cream ini?

A: Anda boleh pakai UV Cream setiap kali sebelum keluar rumah bagi melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi silikon?

A: Produk ini tidak mengandungi silikon dan selamat digunakan.

 

Q: Saya sudah menggunakan UV Cream ini, tetapi setiap kali saya pakai mesti naik jerawat. Apa yang perlu saya buat?

A: Apa yang anda perlu buat adalah anda hentikan sementara penggunaan UV Cream. Anda boleh pakai bedak compact jika ingin keluar rumah.

Argan Whitening Moisturizer

Q: Apakah fungsi utama Argan Whitening Moisturizer?

A: Fungsi utama Argan Whitening Moisturizer adalah untuk melembapkan dan mencerahkan kulit.

 

Q: Adakah Argan Whitening Moisturizer ini mengandungi bahan pemutih kulit?

A: Ya, ada. Argan Whitening Moisturizer boleh membantu dalam mencerahkan kulit.

 

Q: Berapa lama tempoh yang perlu diambil untuk nampak keberkesanan produk ini?

A: Ia bergantung kepada masalah kulit individu dan cara pemakaian. Walau bagaimanapun, anda boleh nampak hasil seawal 2 minggu.

 

Q: Adakah pelembap ini melekit pada kulit?

A: Tidak melekit kerana ianya waterbase dan mudah menyerap ke dalam kulit.

 

Q: Waktu bilakah saya sesuai pakai Argan Whitening Moisturizer?

A: Anda boleh pakai pada waktu sebelah pagi sebelum pakai Treatment Serum atau krim.

 

Q: Jika saya pakai produk lain dalam masa yang sama saya pakai Argan Whitening Moisturizer, adakah ia meninggalkan apa-apa kesan pada kulit wajah saya?

A: Tidak digalakkan untuk bercampur dengan produk lain kerana dibimbangi akan memberikan tindak balas seperti naik jerawat.

 

Q: Jika saya pakai Argan Whitening Moisturizer dengan Collagen Soap, adakah ia boleh membantu masalah kulit saya yang berjerawat ini?

A: Ya, ia membantu kerana Collagen Soap bertindak membersih kulit dari bakteria dan mengeringkan jerawat, manakala Argan Whitening Moisturizer bertindak sebagai pelembap dan mengurangkan parut jerawat sedia ada.

Glowing DD Moist Cake

Q: Glowing DD Moist Cake ada berapa jenis warna?

A: Glowing DD Moist Cake ada 3 jenis warna iaitu Light, Medium & Dark.

 

Q: Adakah produk ini mesra wuduk dan mesra solat?

A: Ya, produk ini mesra wuduk dan mesra solat. Walau bagaimanapun anda perlu bersihkan sisa bedak terlebih dahulu dengan pencuci muka atau makeup remover sebelum berwuduk.

 

Q: Kenapa saya perlu cuci muka jika produk ini mesra wuduk?

A: Maksud mesra wuduk adalah mudah dicuci dan mudah ditanggalkan. Bukan bermaksud anda tidak perlu cuci makeup tersebut.

 

Q: Muka saya berminyak dan berjerawat. Adakah saya sesuai pakai produk ini?

A: Ya sesuai kerana produk ini bersifat merawat kulit wajah. Tidak boleh menggunakannya melebihi tempoh 5 jam dan mestilah cuci sebersihnya sebelum tidur. Disarankan juga gunakan Treatment Serum sebelum menggunakan Glowing DD Moist Cake.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi silikon?

A: Tidak. Produk ini bebas daripada bahan silikon.

 

Q: Saya sudah pakai Glowing DD Moist Cake, adakah saya perlu pakai bedak lain lagi selepas itu?

A: Tidak perlu, walau bagaimanapun untuk mendapat kesan flawless dan tahan lama, anda boleh pakai Flawless Mineral Loose Powder.

 

Q: Adakah produk ini mengandungi SPF (sun protection factor)?

A: Ya produk ini mengandungi SPF 50+++ yang boleh melindungi kulit wajah daripada sinaran UV.

 

Q: Saya baru pertama kali menggunakan Glowing DD Moist Cake, kenapa muka saya naik jerawat?

A: Jika berlaku tindak balas seperti naik jerawat, pastikan muka dicuci sebersihnya sebelum dan selepas menggunakan Glowing DD Moist Cake. Tindak balas ini adalah normal kerana bersifat membantu masalah kulit.

 

Q: Saya tak pernah pakai bedak sebelum ini, boleh ke saya terus pakai bedak ini?

A: Boleh.

Pearl Magic Lipstick

Q: Adakah lipstick ini boleh dibawa solat?

A: Ya, boleh kerana lipstick ini mesra solat, tetapi mestilah dipakai selepas ambil wudhuk.

 

Q: Kalau saya tak cuci sisa lipstick dan terus ambil wudhuk, adakah wudhuk saya sah?

A: Anda mesti cuci dahulu sebelum berwudhuk.

 

Q: Bila dah cuci, tetapi masih ada baki warna di bibir, adakah sah untuk berwudhuk?

A: Ya sah, ibarat macam sirap yang mana ianya boleh telus air.

Shining Mineral Blusher

Q: Blusher ini terdapat dalam berapa warna?

Blusher ini terdapat dalam 1 warna sahaja.

 

Q: Adakah blusher ini terlalu terang?

Tidak, warna blusher ini lembut dan tidak keterlaluan.

 

Q: Adakah blusher ini sesuai dengan semua jenis kulit?

A: Ya, sesuai dengan semua jenis kulit.

Flawless Mineral Loose Powder

Q: Adakah loose powder ini mengandungi kandungan mineral?

A: Ya, loose powder ini mengandungi mineral dan selamat digunakan.

 

Q: Loose powder ini mengandungi Talc. Setahu saya Talc ini bukan ke bahaya untuk kesihatan? Jadi, adakah loose powder ini selamat?

A: Ya, selamat digunakan. C177491 itu adalah nama pendaftaran dalam KKM yang mana ia lebih dikenali sebagai Iron Oxide.

Iron Oxide ini adalah satu gabungan antara Iron dan Oxide. Untuk pengetahuan, Oxygen sangat penting untuk diletakkan di dalam produk kosmetik yang mana fungsinya adalah untuk membenarkan kulit bernafas. Lagi banyak Oxygen, lagi bagus untuk kulit kerana ianya juga adalah salah satu bahan untuk treatment.

Dalam kosmetik kita tidak menggunakan Talc jenis Asbestos. Talc yang kita gunakan dalam kosmetik telah diluluskan oleh FDA.

 

Q: Saya tak suka pakai foundation, boleh saya pakai loose powder sahaja?

A: Ya boleh, sebelum itu anda perlu pakai pelembap supaya loose powder dapat menyerap pada kulit dengan baik.

 

Q: Apa perbezaan guna powder puff dan powder brush untuk loose powder?

A: Powder puff sangat sesuai pada kulit berminyak kerana ia boleh menyerap minyak, manakala powder brush sesuai untuk kulit kering dan normal.

 

Q: Adakah bedak ini boleh dibawa solat?

A: Ya, boleh. Semua produk Nurraysa boleh dibawa solat.

Perfect Long Lash Mascara

Q: Adakah mascara ini mengandungi wax?

A: Ya, mascara ini mengandungi wax daripada jenis carnuba yang berasaskan daripada pokok kelapa sawit.

 

Q: Mascara ini waterproof tak?

A: Tidak, mascara ini bukan kalis air.

 

Q: Adakah saya perlu bersihkan sisa mascara sebelum ambil wuduk?

A: Ya, anda perlu bersihkan sisa mascara sebelum berwuduk.

 

Q: Adakah mascara ini boleh dibawa solat?

A: Ya mascara ini boleh dibawa solat.

 

Q: Adakah mascara ini mesra wuduk?

A: Ya kerana ia mudah dicuci dan mudah ditanggalkan.

Miracle Eyeliner

Q: Apakah fungsi utama Miracle Eyeliner?

A: Fungsi utama Miracle Eyeliner adalah mencantikkan atas kelopak mata agar mata kelihatan cantik dan segar.

 

Q: Adakah eyeliner ini mesra wuduk?

A: Ya eyeliner mesra wuduk dan mudah ditanggalkan hanya menggunakan air sahaja.

 

Q: Adakah eyeliner ini bersifat kalis air?

A: Tidak, eyeliner ini bukan waterproof atau kalis air.

 

Q: Adakah eyeliner ini menghitamkan mata?

A: Eyeliner ini tidak menghitamkan mata walaupun ia bersifat water-based.

Perfect Brow Shaping

Q: Adakah eyebrow ini boleh dibawa solat?

A: Ya boleh dibawa solat.

 

Q: Eyebrow ini terdapat dalam berapa warna?

A: Eyebrow ini terdapat dalam satu warna sahaja iaitu warna coklat gelap.

 

Q: Saya tidak pernah menggunakan eyebrow selama ini, adakah ia mudah digunakan?

A: Ya sangat mudah digunakan kerana berbentuk segi, tidak perlu diasah dan juga disertakan sekali bersama dengan berus untuk merapikan kening.

 

Q: Adakah eyebrow ini mengandungi silikon?

A: Eyebrow ini tidak mengandungi silikon.

Fast Clean Eye Makeup Remover

Q: Adakah makeup remover ini boleh digunakan untuk seluruh muka?

A: Ya, boleh kerana ia bukan sahaja menanggalkan kesan makeup pada bahagian mata, tetapi seluruh wajah juga.

 

Q: Macam mana nak guna Fast Clean Eye Makeup Remover ini?

A: Buka penutup dan spray sahaja pada seluruh wajah atau pada kapas muka dan gosok kotoran sisa makeup. Bilas dengan air suam atau sejuk. Kemudian lap wajah dengan tuala yang bersih.

 

Q: Kalau saya pakai makeup remover sahaja tanpa pencuci muka, kemudian saya ambil wudhuk. Adakah wudhuk saya sah?

A: Ya sah kerana anda telah menanggalkan sisa makeup di wajah sebelum mengambil wudhuk. Memadailah anda menggunakan makeup remover jika tiada pencuci muka.

 

Q: Adakah makeup remover ini mengeringkan kulit?

A: Ia tidak mengeringkan kulit malah melembapkan kulit anda.

 

Q: Adakah bahaya jika masuk ke dalam mata?

A: Tidak, jika masuk ke dalam mata, cuci sahaja dengan air.

Instant Pearl Glow Body Lotion

Q: Apakah fungsi utama Instant Pearl Glow Body Lotion?

A: Fungsi utama losyen badan ini adalah memutihkan bahagian tubuh badan yang diingini.

 

Q: Apakah kandungan utama dalam Instant Pearl Glow Body Lotion ini?

A: Kandungan utama dalam losyen badan ini ialah serbuk mutiara, kolagen dan vitamin C.

 

Q: Adakah losyen badan ini boleh putihkan kulit secara kekal?

A: Untuk penggunaan dalam jangka masa panjang ia boleh membantu mencerahkan kulit secara kekal.

 

Q: Saya sering pakai losyen badan ini setiap kali keluar rumah, adakah ia tidak meninggalkan kesan yang buruk pada kulit apabila terkena cahaya matahari?

A: Tidak. Sebab ia ada SPF untuk melindungi daripada sinaran cahaya matahari.

 

Q: Pada usia berapakah losyen badan ini sesuai digunakan?

A: Ia sesuai digunakan untuk lingkungan usia 15 tahun ke atas.

 

Q: Adakah kanak-kanak sesuai guna losyen badan ini?

A: Kanak-kanak tidak digalakkan menggunakan losyen badan kerana ia mengandungi bahan pemutih.

Habbatus Sauda' Hair Treatment

Q: Apakah fungsi utama shampoo ini?

A: Fungsi utama shampoo ialah membersihkan rambut dan merawat masalah rambut.

 

Q: Siapa yang boleh guna shampoo ini?

A: Lelaki dan perempuan boleh pakai shampoo.

 

Q: Adakah bayi dan kanak-kanak selamat menggunakan shampoo ini?

A: Ya selamat digunakan kerana ia  tiada kandungan SLES dan Paraben.

 

Q: Saya ada masalah kelemumur, adakah shampoo ini membantu mengurangkan masalah ini?

A: Ya, ia boleh membantu mengurangkan kelemumur.

 

Q: Saya pakai shampoo ini tapi kenapa keluar banyak kelumumur dari kulit kepala saya?

A: Sel kulit mati yang keluar dari kulit kepala menandakan ia dalam proses membersihkan kulit kepala anda.

Organic Body Wash

Q: Adakah body wash ini bebas bahan kimia berbahaya?

A: Ya, body wash ini bebas daripada SLES dan Paraben.

Q: Adakah body wash ini mengeringkan kulit badan?

A: Tidak, kerana ia tiada kandungan alcohol dan bahan yang boleh mengeringkan kulit.

Q: Adakah body wash ini mengandungi kolagen?

A: Body wash ini tidak mengandungi kolagen.

Q: Body wash ini boleh digunakan untuk kanak-kanak dan bayi?

A: Ya boleh kerana body wash ini bebas bahan kimia berbahaya.

Q: Saya ada eczema, adakah body wash ini sesuai dengan saya?

A: Ya sesuai kerana kandungan bahan yang digunakan selamat untuk semua jenis kulit.

Japanese Sweet Cherry EDP

Q: Adakah minyak wangi ini mengandungi alkohol?

A: Ya, minyak wangi ini mengandungi alkohol iaitu cetyl alcohol.

Q: Minyak wangi ini boleh dibawa solat?

A: Ya, minyak wangi boleh dibawa solat.

Q: Minyak wangi ini tahan lama tak?

A: Ya minyak wangi ini tahan 8 jam kerana kandungan pati wangian jenis eau de parfum. Eau de parfum mengandungi 15 peratus pati esen berbanding eau de toilette dan cologne.

Q: Lelaki boleh guna minyak wangi ini tak?

A: Ya boleh kerana minyak wangi ini mengandungi ekstrak bunga dau baunya lembut. Sesuai untuk lelaki dan perempuan.

Stemcell Feminine Wash

Q: Apakah kandungan utama dalam Stemcell Feminine Wash?

A: Kandungan utama adalah manjakani, apple stemcell dan ekstrak daun sireh.

 

Q: Berapa kerap saya perlu pakai Stemcell Feminine Wash?

A: Anda boleh pakai 2 atau 3 kali seminggu untuk mengekalkan pH faraj.

 

Q: Adakah saya boleh pakai Stemcell Feminine Wash setiap hari?

A: Tidak boleh kerana bakteria baik akan mati bersama bakteria jahat.

 

Q: Adakah Stemcell Feminine Wash boleh digunakan semasa datang bulan?

A: Ya boleh kerana ia membantu membersihkan dan menstabilkan kelembapan faraj anda.

 

Q: Saya mengandung, adakah saya boleh guna Feminine Wash?

A: Ya boleh kerana feminine wash hanya untuk kegunaan luar faraj sahaja.

 

Q: Jika period, adakah boleh gunakan setiap hari?

A: Ya, boleh.

Softening Facial & Body Jelly Scrub

Q: Boleh saya tahu macam mana cara nak guna Softening Facial & Body Jelly Scrub ni? 

A: Basahkan permukaan yang hendak dibersihkan. Gosok dan ratakan scrub diseluruh badan dan muka kecuali di bahagian mata. Selepas 10-15 minit, bilas dengan menggunakan air bersih. Sesuai digunakan 3 kali seminggu pagi dan malam.

 

Q: Kenapa scrub saya cepat cair ye ? 

A: Untuk mengelakkan Scrub cepat cair, pastikan penyimpanan scrub adalah pada suhu bilik dan elakkan scrub tersebut daripada terkena air.

 

Q: Betul ke Scrub Nurraysa ni boleh mengurangkan jerawat.

A: Ya, betul, Scrub ni boleh membantu anda untuk mengurangkan jerawat.

 

 

Jamu VHerb

Q: Betul ke makan Kapsul V’Herb boleh kurus?

A: Boleh, dengan cara mengamalkan 2 biji kapsul sebelum makan atau waktu siang dan 2 biji kapsul selepas makan pada waktu malam. Banyakkan minum air kosong minimum 3 liter sehari untuk kesan terbaik.

 

Q: Bolehkah ambil supplement lain semasa mengamalkan kapsul V’Herb?

A: Ya, boleh. Anda perlu jarakkan waktu pengambilan V’Herb 3 jam.

 

Q: Bolehkah amalkan ketika masih menyusu bayi? 

A: Ya, boleh. Ia membantu banyakkan susu badan juga.

 

Q: Saya baru bersalin, boleh saya makan Jamu V’Herb?

A: Ya, boleh. Sama ada bersalin ceaser atau normal boleh amalkan selepas 7 hari bersalin. Pastikan bayi anda bebas dari jaundice dahulu. mulakan dengan 1 kapsul sehari.

 

Q: Saya berhasrat untuk dapatkan zuriat , adakah dengan mengamalkan Jamu V’Herb boleh membantu proses tersebut?

A: Ya, V’Herb membantu menyuburkan rahim wanita. Walau bagaimanapun, jika puan disahkan hamil, puan perlu berhenti makan V’Herb.

 

Q: Kenapa wanita hamil dilarang mengambil Jamu V’Herb?

A: Kerana salah satu fungsi V’Herb adalah mengecutkan rahim.

 

Q: Adakah dibolehkan mengamalkan kapsul V’Herb ketika haid?

A: Ya, boleh. Tapi anda perlu banyakkan minum air kosong kerana hormon tidak stabil ketika itu. Kalau jamu mengandungi manjakani sahaja, tidak boleh diambil ketika haid, tapi V’Herb Nurraysa mengandungi campuran pelbagai herba bukan hanya manjakani. Ketika haid hormon tidak stabil, pastikan banyak minum air kosong.

 

Q: Adakah ketika haid boleh makan kapsul V’Herb Nurraysa? Tak mengecutkan rahim ke?

A: Jamu kena tengok bahan-bahan yang digunakan.  Kalau ada manjakani sahaja memang untuk mengecutkan rahim. Tapi V’Herb Nurraysa ada campuran beberapa bahan bukan 100% manjakani sahaja untuk mengimbangkan hormon & melancarkan period. Pastikan banyak minum air kosong.

 

Q: Kalau keguguran, boleh terus makan V’Herb tak?

A: Boleh amalkan selepas 7 hari. Mulakan dengan 1 kapsul dahulu.

 

Q: Adakah mengandung boleh amalkan JamuV’Herb?

A: Tidak boleh.

 

Q: Saya seorang ibu yang sedang berpantang, bolehkah Jamu V’Herb ni menjarakkan kehamilan?

A: Jamu V’Herb untuk merawat dalaman, bukan perancang. Jadi, ia tidak boleh menjarakkan kehamilan

 

Q: Saya ibu yang dalam pantang, saya nak tanya Jamu V’Herb ni boleh jarakkan kehamilan tak?

A: Jamu V’Herb untuk merawat dalaman, bukan perancang. Jadi, ia tidak boleh menjarakkan kehamilan.

Vit C. Vit E & Gluta Plus

Q: Kanak-kanak bawah umur 12 tahun boleh makan tak Vit C ni? 

A: Kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak dibenarkan mengambil Vit C ini.

 

Q: Adakah ibu mengandung boleh consume Vit C ini. 

A: Boleh bagi usia kandungan 6 bulan dan ke atas.

 

Q: Boleh ke saya makan Vit C dengan vitamin pregnant ?

A: Ya, boleh.

 

Q: Adakah Vit C boleh memutihkan kulit ?

A: Putih itu bonus. Vit C diperlukan untuk merangsang pertumbuhan sel-sel kulit yang baru. Pemakanan yang konsisten akan membantu mencerahkan kulit.

Nurraysa Exclusive Kabuki Brush

Q: Boleh saya tahu berus ni diperbuat daripada apa?

A: It is composed of fine plastic fibers, manufactured to look like human hair. In its basic form, synthetic hair is made from low-grade acrylic that is heated and strung into strands to make individual hair fibers. The strands are then laced or tied into extensions and hairpieces.

TRANSLATE KE BAHASA MELAYU:

Ia terdiri daripada serat plastik halus, yang dibuat untuk kelihatan seperti rambut manusia. Dalam bentuk asasnya, rambut sintetik dibuat daripada akrilik berkadar rendah yang dipanaskan dan diserap ke dalam helai untuk membuat gentian rambut. Lembaran kemudian dicampur atau terikat pada sambungan dan potongan rambut.

 

Q: Untuk Flat Blending Face Brush, Tapered Conturing Brush & Angled Blending Face Brush boleh guna untuk apa ye? 

A: 1. Flat Blending Brush – Boleh digunakan untuk cream foundation

2. Tapered Conturing Brush – Boleh digunakan untuk liquid foundation atau pun conceal.

3. Angled Blending Face Brush – Boleh digunakan untuk cream foundation atau untuk cheek shaping.

Back To Top