5 BARANG MAKE UP PERLU ADA DALAM BEG TANGAN WANITA

 

Tidak dapat dinafikan setiap wanita sukakan make up. Pergi ke mana-mana pun dalam beg tangannya mesti ada make up. Nak tahu barang make up apa yang sentiasa ada dalam beg tangan dieorang ?  Boleh dikatakan barang-barang ni antara yang wajib ada dalam beg tangan setiap wanita kalau keluar ke mana-mana.

 

Jom kita tengok apa je 5 barang tu 😉

 

 

#1 LIPSTICK/ LIP BALM/ LIP GLOSS

Lipstick, lip balm dan lip gloss amatlah penting untuk mengelakan bibir anda dari kelihatan pucat dan lesu. Jika anda rajin memakainya, sudah pasti wajah anda sudah tidak kelihatan kusam lagi.

 

 

#2 COMPACT POWDER

Compact powder sangat di perlukan ketika kulit muka anda kelihatan berminyak. Ia akan membantu dan mengurangkan muka anda kelihatan basah, kusam dan berminyak! Nak lagi best anda boleh dapat Glowing DD Moist Cake Nurraysa beserta Mineral Loose Powder di mana ia sangat membantu kulit muka anda yang berminyak untuk nampak glowing dan flawless kerana fungsinya dapat menyerap minyak.

 

 

#3 BLUSHER

Ia bukan sahaja menampakan anda kelihatan lebih comel kerana pipi yang kemerahan. Ia juga akan membantu muka anda kelihatan lebih runcing dan kecil. Malah, ia juga akan menampakan anda lebih segar dan bermaya.

 

 

#4 CELAK MATA/ EYELINER

Mungkin sesetengah wanita tidak melihat celak mata sebagai alat solek yang terpenting selain dari bedak asas, gincu dan pemerah pipi. Namun, celak mata tidak harus ditinggalkan di rumah! Manalah tahu, jika secara tiba-tiba anda diundang ke ke majlis makan malam atau mana-mana majlis rasmi.

 

 

#5 WET TISSUE/ MAKE UP REMOVER

Wet Tissue atau Makeup Remover sangat penting terutamanya bagi anda yang suka bermake-up! Ianya digunakan untuk membersihkan make-up anda yang sudah comot. Selain daripada itu, wet tissue juga boleh digunakan untuk memberi kesegaran pada muka tetapi anda harus berhati-hati dalam memilih wet tissue kerana tidak semua wet tissue sesuai dengan kulit muka anda.

 

 

Sumber: wanista.com