5 TIPS HILANGKAN JERAGAT 

 

TIPS HILANGKAN JERAGAT 1

Jus lemon

Perah jus lemon dan campur sedikit air.Sapu ke muka dengan menggunakan cotton ball selama beberapa ketika,  dan bilas. (tidak dinasihatkan dengan menggosok dengan buah lemon secara terus yang akan menyebabkan iritasi atau kulit terbakar jika terdedah kepada cahaya matahari)

Atau gunakan jus lemon sahaja,  sapukan terus kepada kawasan jeragat sahaja dengan bantuan pencungkil gigi, dan biarkan semalaman. Lakukan sekali atau dua kali seminggu sehingga jeragat atau pigmentasi hilang.

Lemon dikenali sebagai agen pencerah yang dikategorikan selamat jika digunakan cara yang betul, disebabkan kandungan vitamin C dan asid sitriknya.

Perhatian: bilas muka secepatnya sekiranya anda mempunyai simtom iritasi atau alergik.  Kulit yang sensitif dinasihatkan untuk mencuba dengan kuantiti sedikit atau lakukan patch test dahulu.

 

 

TIPS HILANGKAN JERAGAT 2

Madu

Ambil madu dan gula atau garam atau oat untuk dijadikan pes, atau skrub.

Madu berpotensi untuk menanggalkan sel kulit mati kerana kandungan asid organiknya,  seperti gluconic acid, lalu berpotensi mencerahkan kulit selain berfungsi sebagai anti radang dan antibakteria.

 

 

TIPS HILANGKAN JERAGAT 3

Yogurt

Sapu yogurt ke muka dan biarkan beberapa minit. Lakukan sehari sekali

Yogurt juga mengandungi asid  laktik yang bertindak sebagai ejen pencerah.

 

 

TIPS HILANGKAN JERAGAT 4

Bawang merah

Ambil hirisan bawang  merah dan sapu perlahan bawang merah ke muka,  dan biarkan beberapa minit.  Cuci dengan air suam.

Atau boleh juga ambil jusnya dan  dicampurkan dengan cuka epal. Gunakan cotton ball dan sapu pada kawasan berjeragat.

Bawang merah mempunyai keupayaan membuang sel kulit  mati, berpotensi menghilangkan jeragat

 

 

TIPS HILANGKAN JERAGAT 5

Betik

Sapu jus betik dengan menggunakan cotton ball. Urut di muka secara perlahan-lahan. Bilas dengan air bersih.

Betik mempunyai enzim dikenali papain yang berpotensi mencerahkan pigmentasi dan membuang sel kulit yang mati.

 

 

 

Tak lupa juga untuk uollss sempena NOVEMBER SALES ni Nurraysa Beauty juga ada menawarkan SET JERAGAT . Sangat sesuai digunakan untuk anda yang sedang mengalami masalah jeragat. Tak perlu dah nak fikir produk apa yang perlu digunakan sebabnya dalam set tu semua dah ada. Harga sangat lah berbaloi, jimat daripada harga sebelum ni. Rugi tau kalau uollss tak ambil kesempatan ni untuk grab. Cepat-cepat WhatsApp kami di 013-666 5554 untuk order.

 

 

 

Sumber: Healthybeautytips