skip to Main Content
Petua Berkesan Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

Petua Berkesan Untuk Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat

PETUA BERKESAN UNTUK HILANGKAN

PARUT JERAWAT DENGAN CEPAT

 

Bagi kaum wanita, hal jerawat merupakan satu perkara yang mengerikan. Jerawat yang tumbuh ibarat satu igauan yang mana boleh menjatuhkan keyakinan diri seseorang untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, jerawat yang meninggalkan kesan atau parut juga membuatkan seseorang individu itu sentiasa risau dan memikirkan cara untuk menghilangkan parut tersebut.

 

Walaupun kita tahu lama kelamaan parut jerawat akan pudar namun ia mengambil masa yang sangat lama. Jadi, di sini admin kongsikan petua yang di kongsikan di blog petua ibu untuk anda semua praktikkan bagi membolehkan parut jerawat anda hilang dengan cepat dalam masa seminggu dua je. Teruja tak dengan petua ni ? Macam tak percaya je kan ? Tapi betul, petua ini sangat berkesan. Jom check it out apa petua nya di bawah ni ;

 

Langkah 1:

Petamanya apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menyediakan bahan-bahan yang hendak digunakan nanti. Antara bahan-bahannya adalah seperti berikut:

  1. Asam jawa
  2. Bedak sejuk
  3. Air Kosong

 

 

 

Langkah 2:

 

Untuk langkah yang ke dua ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati. Tidak terlalu banyak dan tidak pula terlalu sedikit. Kemudian, tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat dan gaulkan.

 

 

 

Langkah 3:

Ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa yang telah digaul dengan air tadi. Kalau terlalu pekat, anda boleh tambah air sikit. Kemudian gaulkan kesemuanya. Bila dah siap gaul, sapukan pada bahagian muka yang ada parut jerawat. Siap !

 

 

 

Mudah sangat kan stepnya? Tapi ia bukanlah boleh hilang dalam masa sehari. Teruskan konsisten dalam menggunakan petua ini. InsyaAllah, paling cepat dalam masa seminggu kulit muka anda dah boleh nampak bersih dan licin. Selamat mencuba !

 

 

 

 

Sumber: Petuaibu

Back To Top