skip to Main Content
Cara Mencuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan

Cara Mencuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan

Cara Mencuci Muka Dengan Betul Dan Berkesan

 

Mencuci muka dapat mengembalikan kesegaran pada kulit kita, lebih-lebih lagi selepas anda terdedah dengan persekitaran luar yang mengandungi habuk kotoran. Contohnya, anda pulang dari kerja dan melakukan aktiviti yang mendedahkan anda kepada persekitaran kurang bersih. Dengan mencuci muka, anda juga dapat menghilangkan jerawat dan mencegah penumbuhan jerawat. Untuk mencegahnya, anda perlu tahu cara mencuci muka dengan betul dan berkesan.

Boleh dikatakan semua orang mencuci muka setiap hari, tetapi, adakah anda mencuci dengan betul? Ikuti cara mencuci muka dengan betul dan berkesan menggunakan make-up remover, pencuci muka dan moisturizer yang betul.

Apakah cara mencuci muka dengan betul dan berkesan dalam perawatan muka? Semestinya cara mencuci muka dengan betul dan berkesan adalah dengan menggunakan make-up remover, pencuci muka dan moisturizer. Setiap wanita perlu melakukan 3 perkara ini ketika membuat perawatan muka.

Tanpa 3 perkara ini, anda akan merasa tidak lengkap kerana ia tidak mencuci muka anda dengan bersih. Tapi tidak semua orang tahu cara mencuci muka dengan betul dan berkesan dengan menggunakan make-up remover, pencuci muka dan moisturizer. Penting untuk anda mengetahuinya agar wajah anda tidak lagi dicemari dan kotor.

 

Cara mencuci muka dengan betul dan berkesan adalah:

 

1. Cuci Tangan

Pastikan tangan anda bersih dan tiada kotoran yang tertinggal di tangan anda.

 

2. Buang Kotoran Pada Muka

Buang kotoran dan kesan make-up di muka anda dengan menggunakan make-up remover. Make-up amat susah untuk  ditanggalkan jika hanya dengan mencuci muka sahaja. Liang-liang pori akan tersumbat dan tidak bersih secara mendalam jika tidak menggunakan make-up remover.

 

3. Cuci Muka Menggunakan Pencuci Muka

Basahkan muka sedikit. Kemudian guna pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Tidak kisah samaada anda menggunakan pencuci muka jenis liquid mahupun bar. Ratakan pencuci muka ke suluruh muka. Jangan sampai ada bahagian yang tertinggal.

 

4. Bilas Muka

Bilas muka dengan air bersih, sebaiknya air suam. Bilas sehingga tiada buih yang tertinggal. Keringkan muka dengan tuala muka yang lembut seperti microfiber towel.

 

5. Lembapkan Muka Dengan Moisturizer

Lembapkan muka menggunakan moisturizer pada muka untuk mengembalikan kelembapan kulit muka anda kerana penggunaan pencuci muka boleh menghilangkan kelembapan pada kulit anda.

Mudah kan? Jangan lupa cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam supaya kulit sentiasa sihat dan segar. Jangan risau, walau apapun masalah muka anda, produk Nurraysa Beauty mampu bekerja dengan 5 langkah untuk menjadikan kulit wajah anda bersih dan segar sepanjang hari dengan bahan natural dan organik seperti Nurraysa Collagen Soap dan Argan Whitening Moisturizer.

 

Sumber: Tips Kecantikan

Back To Top