skip to Main Content
Tips Pemakaian Maskara Dengan Mudah Dan Tidak Comot

Tips Pemakaian Maskara Dengan Mudah dan Tidak Comot

 

Maskara merupakan satu produk makeup yang boleh menonjolkan penampilan mata. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang memberikan sentuhan yang lebih pada keindahan matanya. Percayalah, anda boleh tampil menawan jika tahu cara pakai maskara yang tepat tanpa sebarang cacat cela.

 

Penggunaan maskara dapat membantu membuatkan bulu mata menjadi lebih lentik dan cantik sehingga membuatkan mata kita kelihatan lebih menawan.

Bagi anda yang tidak biasa atau kurang mahir memakai maskara, perlu lebih gigih berlatih untuk mencubanya bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

 

Pilih Maskara

Sebelum membeli maskara, pastikan anda telah mengenali bentuk berus maskara, jenis serta effect yang anda mahukan. Memanjangkan, menebalkan, waterproof atau yang tidak bergumpal. Penggunaan berus atau sikat maskara yang tepat ketika memakai maskara akan mempengaruhi hasil solekan mata anda. Maskara yang bentuk berusnya lurus digunakan untuk menambah volume dan memanjangkan bulu mata. Manakala bentuk berus yang melengkung pula akan membuatkan bulu mata kelihatan lebih lentik ketika menggunakan maskara.

 

Gunakan Maskara Sesuai Bentuk Mata

Untuk mendapatkan hasil solekan yang natural, cara pakai maskara yang tepat adalah dengan mengaplikasikan pada bulu mata bahagian atas. Kurangkan atau hindari pemakaian maskara pada bahagian bawah. Tetapi, jika bentuk mata anda termasuk dalam kategori jenis kecil, anda disarankan memakai maskara pada bahagian bawah mata, namun jangan setebal bahagian atas ya.

 

Maskara Cair Atau Waterproof

Pilih tekstur maskara yang agak cair, terutama bagi anda yang memiliki jenis bulu mata pendek. Tujuannya supaya lebih mudah diratakan ketika proses pemakaian maskara. Bagi anda yang jenis aktif dan cepat berpeluh, pilih maskara jenis waterproof untuk menyelamatkan keadaan supaya bahagian sekeliling mata anda tidak menjadi comot dan menghitam. Peluh dan kelembapan boleh menyebabkan maskara menjadi luntur.

 

Aplikasikan Foundation

Sebelum memakai maskara, pastikan anda telah memakai foundation dan pelembab. Sekiranya ia jatuh atau terkena bahagian bawah mata, dan sedikit comot anda masih boleh membersihkannya dengan mudah. Ini adalah kerana adanya pelembab atau foundation yang membuatnya tidak meresap di kulit muka.

 

Tahan, Jangan Berkedip

Cara pakai maskara supaya tidak comot yang perlu anda praktik, cuba tahan mata selama 5 saat tidak berkedip setelah anda memakai maskara. Tujuannya adalah supaya maskara yang dipakai kering sehingga kesan hitam atau comot-comot di sekeliling mata tidak terjadi.

 

Pakai Penyepit Bulu Mata

Bulu mata yang disepit dapat membuatkan effect mata kelihatan lebih menyerlah dan lebar. Panaskan seketika penyepit tersebut dengan hair dryer selama 5 saat sebelum menyepit bulu mata. Kepitlah bulu mata setelah maskara kering bagi mengelakkan sisa-sisa maskara melekat dan bergumpal pada penyepit.

 

Jaga Kebersihan Berus

Cara pakai maskara yang perlu anda titikberatkan bagi mendapatkan hasil yang bagus, pastikan anda selalu menjaga kebersihan berus maskara. Cuci bahagian yang bergumpal. Paling kurang, bersihkannya seminggu sekali dan elakkan memakai maskara yang sama lebih dari empat bulan.

 

 

Sumber: Mamanet

Back To Top