skip to Main Content
10 Cara Paling Efektif Mengatasi Kulit Kusam & Kering

10 Cara Paling Efektif Mengatasi Kulit Kusam & Kering

CARA PALING EFEKTIF MENGATASI KULIT KUSAM & KERING

Tahukah anda, kulit menjadi kusam boleh disebabkan kerana terlalu terdedah secara langsung pada sinaran cahaya matahari, pencemaran udara, penggunaan produk-produk kecantikan yang tidak tepat serta kurang minum air.

 

Sebelum mengetahui cara mengatasi kulit kusam, jom semak ciri-ciri kulit kusam:

1. Muncul Kedutan Atau Garis-Garis Halus Pada Kulit Wajah

Kulit kusam dan penat disebabkan kurangnya nutrisi pada wajah. Kulit kusam dan kering boleh menyebabkan proses penuaan menjadi lebih cepat dengan kemunculan kedutan di kulit wajah.

 

2. Lingkaran Hitam Di Sekitar Mata

Munculnya warna hitam di sekitar mata jelas menunjukkan kulit wajah anda penat. Ia disebabkan gaya hidup anda yang kurang sihat dan disertai dengan kurangnya tidur, pola makanan yang tidak teratur serta pengambilan makanan yang tidak sihat.

 

3. Kulit Wajah Terasa Kering

Kulit kelihatan kusam kerana keadaannya yang kering dan kasar. Ia disebabkan oleh kurangnya cecair yang terkandung di dala tubuh. Kulit wajah yang kusam cenderung tidak segar dan terasa kaku apabila disentuh.

 

4. Kulit Wajah Jadi Sangat Berminyak

Kulit berminyak disertai dengan kotoran yang berasal daripada pencemaran udara boleh membuatkan kulit nampak kusam dan penat.Cara membersih kulit wajah yang tepat dan teratur boleh menjadi jalan penyelesaian bagi permasalahan ini.

 

5. Muncul Jerawat-Jerawat Kecil

Jika muncul jerawat-jerawat kecil atau jerawat nasi boleh menunjukkan tanda bahawa adanya permasalahan kulit. Kulit kering ataupun berminyak disertai dengan jerawat-jerawat kecil tentunya membuatkan anda berasa tidak selesa.

 

Berikut beberapa cara mengatasi kulit kusam yang boleh anda praktik:

1. Madu

Madu berguna untuk melembabkan kulit wajah. Cara penggunaannya sangat mudah, anda hanya perlu menyapu madu asli ke seluruh bahagian wajah. Biarkan selama sejam, setelah itu bilaslah sehingga bersih. Cara ini bukan sahaja membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal, malah lebih cerah dan bersinar.

 

2. Tomato

Kandungan vitamin pada tomato boleh melembabkan serta mencerahkan kulit wajah. Kisar tomato dengan sedikit perahan lemon. Setelah itu, sapukan pada wajah secara merata dan biarkan selama 30 minit agar kandungannya meresap sempurna di wajah. Setelah itu, bilas dengan air bersih.

 

3. Pisang

Ternyata buah pisang juga mampu mengatasi kulit kering dan kusam. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu menghaluskan pisang dan campurkan dengan sedikit madu. Setelah itu, sapukan secara merata pada seluruh kulit wajah. Biarkan selama 30 minit agar ianya meresap sempurna di kulit. Kemudian barulah dibilas menggunakan air bersih. Kandungan vitamin, kalium dan magnesium pada buah pisang mampu menutrisikan kulit anda yang kering dan kusam itu sehingga lembab kembali.

 

4. Gunakan Krim Malam

Krim malam sangat bermanfaat untuk menganjalkan kulit wajah. Dengan pemakaian krim malam secara teratur kulit anda akan menjadi lebih halus dan cerah kerana krim malam bekerja sebagai bahan aktif yang mampu membantu regenerasi kulit berjalan dengan lebih maksimum.

Back To Top