skip to Main Content

Resepi Pilihan: Resepi Sotong Goreng Tepung

Jom cuba resepi sotong goreng tepung sedap di sini dan boleh dihidangkan buat yang tersayang..

Sotong adalah makanan yang sangat enak dan mempunyai khasiat tersendiri buat tubuh badan iaitu pembentukan sel-sel darah merah. Tentu anda tidak sangka, pengambilan sotong juga mampu mengelakkan penyakit arthritis, mengekalkan protein pada kulit rambut dan bagus untuk memiliki kuku yang sihat.

Jika anda pergi melawat tempat-tempat menarik di Selangor, kunjungilah kedai makan yang menawarkan makanan seafood yang segar di Pulau Indah dan rasainya sendiri rasa sotong goreng tepung di sana. Apa tunggu lagi jom salin resepi di bawah.

Bahan-bahan:

4 ekor sotong (saiz sederhana besar)

1 cawan kecil tepung gandum

1/2 cawan kecil tepung jagung

3 sudu besar tepung beras

Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)

Serbuk lada putih secukupnya

Serbuk lada hitam secukupnya

Serbuk kunyit secukupnya

Sebiji telur dipukul sedikit

Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

1. Siang sotong dan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam.

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak.

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

8. Rujuk tip di bawah…

Tip :

1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotong yang telah masak/ garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

Back To Top