skip to Main Content

Cara Shampoo Rambut Yang Betul

Anda sebenarnya mungkin tidak tahu cara mencuci rambut dengan betul. Dengan menggunakan teknik yang betul, anda boleh membawa perubahan yang besar kepada kesihatan dan kekilatan rambut anda. Tetapi, jika anda melakukan kesalahan, anda boleh merosakkan rambut kesayangan anda tanpa anda menyedarinya. Di sini ingin admin kongsikan tips tentang cara yang betul 

 

Mulakan dengan membilas

Rambut anda seharusnya betul-betul basah sebelum anda menggunakan shampoo. Air yang hangat bagus untuk menanggalkan kotoran atau lebihan produk rambut yang terperangkap dalam rambut

 

Jika anda mempunyai rambut yang panjang, sapu conditioner terlebih dahulu

Jika anda mempunyai rambut di bawah paras bahu, lindungi hujung rambut anda yang fragile dengan menyapu conditioner dan bilas secara lembut sebelum menggunakan apa-apa shampoo. Ini bukan sahaja menjadikan hujung rambut anda sihat, malah akan melembabkan rambut, menjadikan ia licin dan berkilat

 

Buihkan shampoo– tapi hanya pada kulit kepala

Anda hanya perlu shampoo rambut pada kulit kepala sahaja terutamanya di bahagian tengkuk. Cara terbaik untuk membuihkan shampoo adalah dari akar ke hujung. Rambut yang paling berdekatan dengan kulit kepala adalah yang paling muda dan yang paling berminyak. Sementara itu, rambut yang berada di hujung adalah bahagian yang paling tua dan selalunya yang paling kering, paling mudah untuk rosak.

Jangan gunakan shampoo secara berlebihan. Guna sekadarnya sahaja.

 

Lakukan secara lembut

Geseran boleh merosakkan rambut secara kekal lalu membawa kepada rambut rosak dan mengerbang. Sila shampoo rambut anda secara berhati-hati dan lembut.

Mulakan shampoo pada akar rambut. Tambahkan pengaliran darah pada kulit kepala dan rangsang pertumbuhan rambut dengan menggunakan urutan secara menegak dengan tekanan sederhana

 

Jangan bilas dan ulang

Walau apapun arahan pada belakang botol shampoo anda, anda tidak perlu membasuh rambut anda 2 kali. Elakkan menyampoo rambut lebih dari sekali kecuali rambut tersangat kotor dan shampoo kali pertama tidak keluar buih

 

Sapukan conditioner dari tengah rambut hingga ke hujung

Selepas rambut dibilas, perahkan air yang terdapat pada rambut sebelum disapu conditioner.Makin lama conditioner berada pada rambut anda, makin bagus penyerapannya. Jangan sesekali letak condioner pada akar rambut anda (berdekatan kulit kepala). Boleh buat kegatalan

 

Tamatkan dengan bilasan air sejuk

Air sejuk akan menjadikan rambut memantulkan banyak cahaya lalu menjadikannya bersinar

 

Gunakan produk penjagaan rambut yang mampu menjadikan rambut sihat sempurna

Akhir sekali, selepas rambut dikeringkan, sapukan rambut dengan produk penjagaan yang mampu menjadikan rambut terus sihat. 

 

Klik SINI untuk melihat produk kami yang lain.

 

Back To Top