skip to Main Content
Hikmah “Bersabar” Dari Rasulullah S.A.W Dalam Kehidupan Seharian

Hikmah “Bersabar” dari Rasulullah S.A.W dalam Kehidupan Seharian

Hikmah "Bersabar" dari Rasulullah S.A.W dalam Kehidupan Seharian

Pesanan,Tips dan Fadhilat Untuk “Bersabar” dari Rasulullah S.A.W dalam Kehidupan Seharian:

Sifat sabar adalah suatu sifat yang “Mesti” ada pada setiap insan yang bergelar “Mukmin” bagi meneruskan Kehidupan dan Menggamit kejayaan di dalam kehidupan di dunia dan akhirat..Bayangkan jikalau manusia tidak mempunyai(hilang) sifat sabar, tentulah kucar-kacir dan porak perandalah dunia kerana manusia telah ditelan oleh sifat amarah dan didorong oleh hawa nafsu di dalam setiap perbuatannya. Disebabkan itu, Allah telah menurunkan Rasulullah(kekasih Allah) untuk menyampaikan risalah yang terakhir dan sebagai contoh ikutan terbaik untuk manusia dan umatnya yang paling ramai sekali dari nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain yakni diturunkan kepada seluruh umatnya sehingga hari kiamat…


1:Hadis adalah satu Kekuatan bagi manusia yang dapat bersabar:

“Orang yang gagah perkasa tidak diukur dengan kemenangan dalam pertarungan, tetapi kekuatan yang sebenar ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah.”

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW pernah menggambarkan dalam sebuah hadis; Daripada Abu Hurairah ra berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Orang yang kuat bukanlah yang pandai bergusti, namun orang yang kuat adalah orang yang memiliki jiwanya ketika ia sedang marah”. 

 [Hadis Riwayat Bukhari]


2:Hadis hendaklah Diam(Bersabar) Apabila Dicaci Dan Dimaki: 


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para Sahabat.Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a  hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.

Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya , ” Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? ” Baginda menjawab , ” Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak(membalas) terhadap kata-kata (cacian) lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”

[ Hadith riwayat Abu Dawud]


3:Hadis sabar merupakan cahaya yang menyinari kegelapan:

Kesabaran merupakan dhiya’ (cahaya yang amat terang). Dengan kesabaran inilah, seseorang akan mampu menyingkap kegelapan. Rasulullah SAW mengungkapkan, “…dan kesabaran merupakan cahaya yang terang…” 

[Hadis Riwayat Muslim]

4:Hadis perlulah “istiqamah” dalam mendidik sifat sabar di dalam diri:

Kesabaran merupakan sesuatu yang perlu diusahakan dan dilatih secara optimum.(bersungguh-sungguh).Rasulullah SAW pernah menggambarkan: “…barangsiapa yang berusaha untuk sabar, maka Allah akan menjadikannya seorang yang sabar…” 

[Hadis Riwayat Bukhari]


5:Hadis Beruntunglah orang yang bersabar kerana diberikan anugerah Allah yang tertinggi:

Kesabaran merupakan anugerah Allah yang paling baik. Rasulullah mengatakan, “…dan tidaklah seseorang itu diberi sesuatu yang lebih baik dan lebih lapang daripada kesabaran.” 

[Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

 6:Sabar bukti tanda-tanda orang itu beriman:

Sungguh menakjubkan perkara orang yang beriman, kerana segala perkaranya adalah baik. Jika ia mendapatkan kenikmatan, ia bersyukur kerana (ia mengatahui) bahawa hal tersebut adalah memang baik baginya. Dan jika ia tertimpa musibah atau kesulitan, ia bersabar kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut adalah baik baginya.

(Hadis Riwayat Muslim]

7:Sabar merupakan Salah Satu Jalan ke Syurga Allah S.W.T:

Daripada Anas bin Malik ra berkata, bahawa aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya Allah berfirman: “Apabila Aku menguji hamba-Ku dengan kedua matanya (buta mata), kemudian dia bersabar, maka aku gantikan syurga baginya”. 
[Hadis Riwayat. Bukhari]

8:Hadis Sabar merupakan sifat para Nabi dan Rasul:

Ibnu Mas’ud dalam sebuah riwayat pernah mengatakan: Daripada Abdullah bin Mas’ud berkata: “Seakan-akan aku memandang Rasulullah SAW menceritakan salah seorang nabi, yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah, kemudian ia mengusap darah daripada wajahnya seraya berkata, “Ya Allah ampunilah dosa kaumku, kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui”. 

[Hadis Riwayat Bukhari]

9:Hadis Sabar dengan Ujian dan Cubaan dapat menghapuskan (penebus) Dosa:

Rasulullah SAW menggambarkan dalam sebuah hadisnya; Daripada Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda; “Tidaklah seorang muslim mendapatkan kelelahan, sakit, kecemasan, kesedihan, bahaya dan juga kesusahan, hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan 
dosa-dosanya dengan hal tersebut”. 

[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

10:Hadis Sabar terhadap segala Qadha dan Qadar Allah Menjanjikan Kebahagian yang paling tinggi untuk orang seorang mukmin di dalam kehidupannya:

Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”

[Hadith Riwayat Muslim]


11:”Firman Allah berkenaan perintah Bersabar daripada Allah SWT di dalam Al-Quran” :

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” 
[Al-Baqarah 2:153]
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”.
[Ali’Imraan 3:200]
Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu serta bersabarlah (dalam perjuangan mengembangkan Islam) sehingga Allah menghukum (di antaramu dengan golongan yang ingkar, dan memberi kepadamu kemenangan yang telah dijanjikan), kerana Dia lah sebaik-baik Hakim”.
[Yunus 10:109]
Dan sabarlah (wahai Muhammad, engkau dan umatmu, dalam mengerjakan suruhan Allah), kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan”.
[Hud 11:115]
Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya
yang mereka lakukan”.
[Al-Nahl 16:127]

Back To Top