skip to Main Content

Resepi Pilihan: Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah. Ada 4 bahagian bahan yang perlu disediakan.

Bahan A
2 cawan gula
2 cawan air panas
Bahan A adalah untuk dijadikan gula hangus. Caranya adalah dengan masukkan gula dalam kuali goreng guna api perlahan. Bila gula sudah mencair dan warna agak perang masukkan air perlahan-lahan. Kemudian biarkan mendidih sebentar untuk bagi gula larut. Bila sudah larut tutup api dan biarkan sejuk.

Bahan B
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar butter
4 biji telur gred A/B
1 cawan minyak masak
blender semua bahan B ini selama 7-8 minit

Bahan C
1/2 sudu besar baking soda
Masukkan baking soda dan air gula hangus tadi ke dalam bahan B dan blend lagi selama 1-2 minit

Bahan D
3 cawan tepung gandum
Masukkan tepung gandum dalam besen kemudian tuang bahan blend tadi dalam tepung dan kacau guna whisk atau senduk hingga sebati.

Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapu nipis minyak pada acuan.
Masukkan adunan 3/4 acuan atau hampir penuh.
Kukus 18-20 minit

Selamat mencuba resepi apam gula hangus

 

Back To Top