skip to Main Content

9 Kelebihan Facebook Ads Pada Pemilik Perniagaan

Bagi usahawan-usahawan kecil, mereka menggunakan Facebook Pages sebagai satu medium pemasaran percuma, dan menganggap ia sebagai tempat untuk berkomunikasi dengan pelanggan. 

Facebook Ads pula digunakan sebagai medium pemasaran untuk meningkatkan jualan produk mereka.

Apakah kelebihan Facebook Ads yang boleh membantu bisnes-bisnes usahawan berkembang tanpa memerlukan modal yang tinggi?

1) Anda boleh promosikan perniagaan anda secara automatik siang dan malam bergantung kepada bajet anda. Secara tidak langsung, anda hanya duduk relaks dan menunggu sahaja pelanggan anda datang.

2) Anda boleh popularkan perniagaan anda dalam sekelip mata. Apabila perniagaan anda popular, ia akan jadi buah mulut dan secara tidak langsung bilangan mereka yang berpontensi untuk jadi pelanggan anda akan meningkat. 

Kesannya sama seperti iklan di televisyen dan surat khabar di mana pengiklanan di kedua – dua medium ini bercorakkan memberitahu supaya boleh jadi buah mulut orang ramai. 

Melalui medium Facebook Ads, anda boleh beritahu pada seramai mungkin individu mengenai perniagaan anda.

3) Anda boleh promosikan perniagaan anda pada prospek yang tepat. Maksudnya anda boleh promosikan perniagaan anda  hanya pada golongan manusia yang berminat sahaja.

4) Anda boleh tingkatkan bilangan like di facebook fanpage perniagaan anda. Melalui fanpage, anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan secara real time.

5) Anda boleh promosikan produk baru perniagaan anda dengan secepat mungkin. 

Kesan bagi Facebook Ads adalah segera iaitu anda boleh terima pelanggan secepat mungkin di saat anda run iklan anda. Secara tidak langsung, pengaruh produk baru anda boleh tersebar secepat mungkin.

6) Kos pengiklanan Facebook Ads yang sederhana membolehkan anda untuk bersaing dengan syarikat – syarikat yang lebih besar.

7) Kecepatan Facebook Ads menyebarkan maklumat mengenai iklan anda membolehkan anda untuk memotong dan meninggalkan pesaing – pesaing anda dalam sekelip mata sahaja.

8) Facebook Ads adalah pengiklanan mampu milik. Walaupun perniagaan anda tidak ada bajet yang tinggi, anda tetap boleh gunakan perkhidmatan Facebook Ads kerana anda di beri ruang untuk letakkan bajet pengiklanan yang anda mampu.

9) Anda boleh dapat keuntungan yang berlipat kali ganda dengan cepat. 

Contohnya jika anda laburkan 0.10 USD untuk satu click iklan dan selepas 20 klik, anda peroleh pelanggan. Barang yang anda jual pula berharga RM 100. Secara tidak langsung, anda dapat untung berlipat kali ganda hasil dari perlaburan 2 USD.

Back To Top