skip to Main Content

Resepi Pilihan: Lasagna

BAHAN – BAHAN:

  • 1 kotak ‘oven-ready’ pasta lasagna
  • 650gm daging kisar
  • 2 batang seleri dipanggang dan dikisar
  • 2 biji tomato dipanggang dan dikisar
  • 2 batang carrot dipanggang dan dikisar
  • 2 biji bawang besar dipanggang dan dikisar
  • 3 biji bawang putih
  • 1 tin kecil tomato puri
  • 6 – 7 biji cendawan butang
  • 500ml air

BAHAN HERBA:

  • 2 sudu kecil oregano
  • 2 sudu kecil paprika
  • 2 helai daun bay
  • 1 sudu kecil thyme
  • Lada hitam dan garam mengikut cita rasa
  • 125ml susu cair (evaporated)
  • 2 sudu makan serbuk parmesan cheese
  • 1 kiub stok daging
  • 100gm mentega
  • 2-3 sudu makan minyak zaitun

BAHAN UNTUK SOS KEJU:

  • 60gm tepung gandum
  • 375ml susu cair mentega
  • 100gm mentega
  • 7 keping kepingan cheddar cheese
  • Secubit garam

CARA MEMASAK:

  • Kisar bahan-bahan yang telah dipanggang iaitu seleri, tomato, carrot dan bawang besar dengan 500ml air. Ketepikan.
  • Panaskan mentega dengan minyak zaitun. Goreng bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan daging kisar.
  • Goreng sehingga naik bau wangi dan masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Kacau sehingga sebati dan masukkan air sekiranya pekat. Setelah mendidih masukkan tomato puri dan semua bahan herba, kiub stok daging, lada hitam, sedikit garam dan sedikit gula. Kacau sekata. Apabila hampir masak, masukkan susu dan cheese parmesan dan kacau lagi sehingga sebati. Masak jangan sampai ia terlalu cair. Angkat dan sejukkan. Ketepikan.
  • Untuk sos keju. Panaskan mentega dan masukkan tepung gandum dan kacau sehingga rata
  • Masukkan susu dan keju dan kacau sehingga sebati. Pastikan sos tidak terlalu cair atau pekat/kental. Angkat dan sejukkan.
  • Untuk membuat lapisan lasagna, sapukan mentega secara rata pada kaserol atau bekas pembakar. Letakkan sos daging dan ratakan.
  • Susunkan lasagna pasta di seluruh permukaan bekas.
  • Sapukan sos keju dan taburkan serbuk parmesan cheese
  • Sapukan sos daging lagi dan ratakan. Seterusnya susunkan pasta lasagna.
  • Sapukan sos keju dengan rata. Taburkan mozarela cheese di seluruh permukaan
  • Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 1/2 jam sehingga mozarela cheese cair dan kekuningan. Barulah angkat dan enak dimakan ketika panas
Back To Top