skip to Main Content

Resepi Pizza Gebu Ala Pizza Hut (aloha Chicken)

Resepi Pizza Gebu ala Pizza Hut ????? (Aloha Chicken )

Bahan-bahan

1 cawan tepung pizza
120ml air suam
1 sudu kecil yis kering
1/2 sudu besar gula
1 sudu besar extra virgin minyak zaitun
1/2 sudu kecil garam
1 keping dada ayam – lumur sedikit garam, gula & grill atas kuali tanpa minyak sekejap
sedikit bawang besar & crab stick
sos pizza sesukupnya

Cara

1. Dalam mangkuk yang sesuai satukan air, yis dan gula dan biar seketika. Kemudian masukkan olive oil.

2. Masukkan tepung dan garam, kacau guna garfu buat bulatan jam hingga doh melekat kat garfu.

3. Uli dengan tangan sambil tambah tepung sikit-sikit ditangan jika perlu dan uli hingga jadi doh yang masih lembut.

4. Sapu sikit minyak zaitun pada doh dan mangkuk, kemudian tutup mangkuk dengan plastik/tuala bersih dan rehatkan doh biar naik sekali ganda (utk proses naikkan doh, maz buh dlm microwave je 15 min doh dah boleh guna. Caranya on suis je dan buka pintu mv skit…nti lambu mv akan menyala dan haba panas dari lampu akan kembangkan doh…bkn on microwave ye @ ikut microwave masing-masing.

5. Bila dah naik, keluarkan dan tumbuk sikit doh. Canai nipis dan letak atas dulang/loyang pizza yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun.

6. Sapu sos pizza seluruh doh, taburkan mozzarella cheese menutupi sos tadi dan susun bahan2 di atasnya secukupnya.

7. Akhir sekali tabur sedikit oregano dan minyak zaitun. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 170 C diselama 12-15 minit atau sehingga masak @ bergantung pada oven masing-masing.

Nota : Untuk sos pizza maz guna tomato paste je (kat sini tomato pes pekat sangat2, tak masam dan ada sedikit rasa manis, memang sedap. Sesuai untuk sos pizza dan pasta. Cuma tambah sedikit garam, gula, dry oregano, bawang putih dan sikit olive oil. Kemudian sebatikan je.

Kredit resepi ini tidak dapat dikesan. Sekiranya resepi ini milik anda boleh pm admin utk kredit nama anda . Terima kasih

Back To Top