skip to Main Content

6 Tips Melebatkan Bulu Mata

Korang ada masalah bulu mata pendek tak? Sebab bukan semua orang dikurniakan dengan bulu mata yang lebat dan panjang. Dengan adanya bulu mata yang lebat, ia akan menambahkan lagi seri di wajah kita apabila memakai mascara.

Di bawah ni admin kongsikan antara 6 Tips Untuk Melebatkan Bulu Mata. Tak perlu pakai bulu mata palsu pon. Nak tahu bagaimana ? Jom check it out ! Lepasni boleh la anda praktikkannya semasa memakai mascara 🙂

 

1. Untuk memberi kesan bulu mata yang panjang dan tebal, anda boleh gunakan berus mascara yang sudah tidak digunakan lagi.

2. Dapkan berus mascara itu ke dalam Mineral Loose Powder dengan kuantiti yang tidak terlalu banyak.

 

3. Sapukan mascara yang diselaputi Mineral Loose Powder dan sapukan pada bulu mata.

4. Dengan menggunakan hujung mascara yang lebih halus sapukan mascara pada bahagian bawah bulu mata anda.

 

5. Sapukan bahagian atas bulu mata dengan mascara yang mempunyai berus yang lebih besar untuk memberi kesan bulu mata yang lebih panjang dan lebat.

6. Untuk bulu mata di bahagian bawah gunakan mascara yang mempunyai berus yang lebih kecil kerana ianya lebih sesuai dan tidak mencomotkan.

Back To Top