skip to Main Content

Elakkan ! 5 Perkara yang Boleh Menghilangkan Keberkatan dan Rezeki dalam Keluarga

Kadang dalam kita menjalani hidup bersama keluarga selalu tak sedar apa yang kita lakukan tu kadang boleh buatkan hidup kita tidak diberkati dan juga boleh buatkan hilangnya rezeki dalam keluarga.

 

Jadi hari ni admin nak kongsikan dengan anda semua antara perkara-perkara yang perlu kita elakkan untuk mendapatkan keberkatan dan rezeki dalam keluarga.

 

1. SELALU BERGADUH

  • Dalam hidup berkeluarga, janganlah kita bergaduh sesama suami isteri, adik beradik lagi-lagi tentang hal duit. Sebarang perselisihan faham sebaiknya bawaklah berbincang dengan baik. Suami isteri khususnya, bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, disitulah puncanya rezeki akan disekat.

 

2. MERUNGUT

  • Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak, berikanlah kasih sayang sebaiknya kepada mereka kerana setiap anak adalah rezeki daripada Allah. Janganlah pula anda merungut terpaksa bekerja mencari rezeki untuk anak-anak dan merasakan ianya sebagai beban yang menyusahkan hidup.

 

3. SELALU MENGELUH

  • Elakkan selalu mengeluh sebaliknya bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang walaupun sikit. Ini kerana jika anda bersyukur, Allah akan bagi lebih lagi kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

 

4. KURANG BERSABAR

  • Bersabarlah dalam menghadapi sesuatu perkara yang belaku dalam keluarga anda. Jika ada perkara yang kita tidak suka, bersabarlah. Cari jalan penyelesaian yang terbaik. Banyakkan bersabar kerana sabar itu membawa keberkatan dan rezeki.

 

5. KURANG BERDOA

  • Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk keluarga anda. Kerana doa itu senjata untuk segalanya. Dengan doa juga kemungkinan segala benda yang anda pinta dimakbulkan kerana kuasanya yang luar biasa.

 

Sebenarnya mudah je untuk dapatkan keberkatan dan rezeki dalam keluarga. Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua ! ?

 

Sumber: islamituindah

Back To Top