JANGAN TERLEPAS PELUANG BERDOA MALAM INI


BULAN Rejab akan membuka tirainya esok. 1 Rejab 1440 Hijrah kali ini jatuh pada hari Jumaat.

Mengikut kalendar Islam, 1 Rejab bermula apabila masuknya waktu Maghrib pada hari ini iaitu 7 Mac 2019.

 

Imam as-Syafie menyebut, antara kelebihan malam pertama bulan Rejab adalah salah satu malam yang dimakbulkan doa.

Justeru, perbanyakkanlah berdoa pada malam ini dan berdoalah apa sahaja.

 

Antara doa yang dianjurkan untuk dilazimi apabila masuk bulan Rajab sehingga Ramadan ialah:

“Ya ALLAH, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”

 

Marilah kita rebut peluang ini untuk berdoa kepada ALLAH.

Semoga doa kita dimakbulkan oleh ALLAH SWT.

 

(Sumber: Facebook Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre)