Recap Tahun 2020 Nurraysa


Apa yang Nurraysa dah capai sepanjang tahun 2020 yang penuh cabaran ini? Meskipun tahun 2020 dunia dilanda ancaman pandemik Covid-19, namun Nurraysa tetap kukuh dan gigih dalam mencapai misi melahirkan 1000 orang jutawan pada tahun 2025. Yang pastinya, kami masih selari dengan visi untuk membantu surirumah menjadi usahawan dan membimbing mereka sehingga bebas kewangan.

Hasil usaha kami sepanjang tahun yang mencabar, seramai 12 orang Jutawan berlatarbelakangkan surirumah berjaya dilahirkan. Ya, walaupun pkp, walaupun covid-19, kami masih berjaya membimbing surirumah-surirumah ini sehingga menjadi jutawan.

Malah kami mengharapkan lebih lagi pada tahun 2021 akan datang. Mari kita lihat sedikit recap tahun 2020 di bawah. Selamat menyambut tahun baru.