Siti Nordiana Sebagai Duta Rasmi Nurraysa


Siti Nordiana Alias (lahir 22 November 1984) atau lebih dikenali sebagai Nana, ialah penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2][3][4][5][6] Berdarah kacukan Melayu-Minang, beliau memulakan kerjayanya dalam bidang muzik pada usia 15 tahun selepas menandatangani kontrak rakaman bersama FMC Music di mana beliau telah menerbitkan sebanyak 5 album studio.[7] Nama beliau kembali meningkat naik selepas menyertai dan menjuarai Gegar Vaganza musim ke-2.[8][9][10]

Selain sebagai penyanyi, Nana turut bergiat aktif dalam bidang lakonan, antara peranan televisyen terkenal beliau ialah Dia Semanis Honey (2016) dan Klik! Pengantin Musim Salju (2018). Nana telah menerbitkan autobiografinya, Life Goes On yang menceritakan tentang perjalanan hidup beliau termasuk kehidupannya sebagai ibu tunggal kepada seorang anak.[11] Beliau digelar “The Finesse Queen of Leman” oleh blogger tempatan.[12][13] Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam muzik dan televisyen, antaranya ialah Anugerah Bintang Popular Berita HarianAnugerah Juara Lagu dan Anugerah MeleTOP Era.

Dan kini, secara rasminya pada bulan Disember 2020 telah menjadi Duta Rasmi Nurraysa. Nampak gayanya, makin berserilah Nana kita melangkah ke 2021 ni. Moga dengan support Nana, KOSMETIK MESRA WUDUK akan makin dimartabatkan sehingga ke persada antarabangsa.

Jangan lupa support Nana di instagram, facebook dan youtube Nurraysa dan Official Siti Nordiana.

Rujukan
– https://ms.wikipedia.org/wiki/Siti_Nordiana
– https://www.instagram.com/sitinordiana