Keprihatinan Untuk Masa Depan
Jalinan Kasih - Corporate Social Responsibility
Program ini bertujuan untuk membantu orang fakir miskin, madrasah, tahfiz, rumah anak-anak yatim dan pusat kebajikan yang memerlukan bantuan sama ada dari segi wang ringgit dan keperluan harian. Semoga usaha Nurraysa Global ini memberi sinar dan harapan kepada mereka dan doakan semoga Nurraysa Global semakin berkembang maju supaya kami dapat sama-sama memberi sumbangan dan membantu mereka yang kurang berkemampuan.
Usaha Program Jalinan Kasih adalah bertujuan untuk membantu saudara-saudara yang di dalam kesempitan dan kesusahan dari segi kewangan dan harta.

Misi
Matlamat kami menjadi pemimpin, membina perniagaan untuk membantu lebih ramai menjadi usahawan.
vision
Melahirkan 1000 orang Jutawan pada tahun 2025.
#NurraysaFamily
#NurraysaFamily adalah kesemua warga Nurraysa daripada staff dan pengedar atas konsep bisnes berjemaah.
Sumbangan Kami
Untuk Kesejahteraan Anak-Anak Harapan Masa Hadapan

Bantuan Bulanan Jalinan Kasih
Usaha setiap bulan Program Jalinan Kasih untuk memberi sumbangan kepada warga asnaf dan juga masjid-masjid.

Bantuan Kecemasan Jalinan Kasih
Usaha bantuan kecemasan diberikan ketika warga Malaysia dilanda bencana alam seperti banjir besar dan darurat.

Bantuan Sokongan Frontliners Covid-19
Usaha bantuan istimewa bagi menyokong kerja keras frontliners dalam menangani pandemik covid-19 yang melanda.
Impian Presiden
Membantu Golongan Surirumah Berimpian Besar
Puan Nur Aini Zolkepeli, Presiden Nurraysa Global Sdn Bhd, berharap agar dapat membantu surirumah berimpian lebih besar dan bersama-sama bangkit.
Puan Nur Aini Zolkepeli berharap agar surirumah sentiasa berimpian tinggi dan berusaha bersungguh-sungguh dalam menaiktaraf kehidupan bersama suami dan keluarga masing-masing.


Islam
Amalan dan etika Islamik
Sumbangan
Sumbangan kepada masyarakat
Disiplin
Disiplin melakukan tugasan
Komited
Komited dengan tugasan diberi
Cinta
Pupuk semangat cinta antara satu sama lain
Nilai
5 Nilai Diterapkan Dalam Nurraysa
Nurraysa Global Sdn Bhd menitikberatkan 5 nilai ini untuk setiap warga #NurraysaFamily
#AmalanMulia
Sedekahlah Sebahagian Daripada Harta
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (At-Taubah – Ayat 103)
Program Jalinan
Kasih
#Kenali Kami
Tentang Nurraysa
Baca lebih lanjut tentang bagaimana Nurraysa bermula dan kisah perkembangan hingga ke hari ini.