#NEAFEB2020
Tahniah diucapkan kepada pengedar-pengedar Nurraysa yang telah mencapai target jualan pada bulan Oktober sehingga November 2019, target reward jualan Jun hingga Disember 2019 bagi Nurraysa Business Associates (NBA) & target recruitment Januari 2020.
Eksklusif Nurraysa HQ anjurkan makan malam yang penuh berprestij pada 29 Februari 2020 di Ideal Convention Centre, Shah Alam untuk meraikan pencapaian yang luar biasa bersama tetamu-tetamu yang turut hadir bagi memeriahkan majlis.
Dengan diacarakan oleh Fara Fauzana, majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Raihan.
Julung kalinya, kali ini Nurraysa mengumumkan pemenang Cabutan Bertuah Beli, Scan & Menang kereta Toyota Vios 1.5 E pada malam ini juga. WOW!
Terima kasih juga tak terucap bagi semua kakitangan Nurraysa HQ yang turut menaburkan buah fikiran, tenaga, masa dan komitmen yang luar biasa sebermulanya pada Disember 2019 lagi sehinggalah selepas makan malam ini masih lagi bersama-sama berikan yang terbaik untuk pastikan reward yang diperolehi, sampai dengan selamat kepada para pengedar Nurraysa.
Jumpa lagi di NEA seterusnya inshaAllah.