FOUNDER NURRAYSA – NUR AINI BINTI ZOLKEPELI
Puan Nur Aini Zolkepeli, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nurraysa Global Sdn Bhd merupakan anak kelahiran Dungun, Terengganu yang berjaya mencapai status jutawan pada usia 23 tahun.
Beliau memulakan perniagaan seawal usia 19 tahun dengan menjual rumpai laut melalui Facebook. Ketika itu beliau sudah mendirikan rumahtangga bersama suami, Tuan Saiful Anuar bin Seliman.
Pada asalnya niat beliau memulakan bisnes untuk meningkatkan pendapatan keluarga dan untuk membantu suami yang bekerja sebagai seorang pemandu excavator.
Bermula dengan RM500 yang dipinjam dari suaminya, Puan Nur Aini mula menjual rumpai laut hanya dari rumah. Malangnya, bisnes rumpai laut mula terkenal dan semakin ramai pesaing muncul. Bisnes rumpai laut terpaksa dihentikan.
Perjalanan bisnes tidak berhenti disitu sahaja. Beliau terus bangkit dan buat tindakan luarbiasa dengan menghasilkan sabun kolagen sendiri berasaskan dari rumpai laut. Selepas melalui proses percubaan, terhasil satu produk baru iaitu Collagen Soap. Disinilah bermulanya perniagaan Nurraysa dengan hanya 1 produk sahaja.
Siapa sangka, jualan Collagen Soap, sabun rumpai laut ini mendapat sambutan sehingga jualan mencecah 5 angka dalam masa sebulan. Maka bermulalah perjalanan syarikat Nurraysa yang semakin hari semakin berkembang merangkumi produk kecantikan, penjagaan kulit, penjagaan badan dan suplemen.
Alhamdulillah, kini Nurraysa telah berkembang maju dengan pembukaan gudang di ibu pejabat, Indera Mahkota Kuantan, 11 buah outlet di seluruh Malaysia termasuk di Singapura dan Brunei, lebih 200,000 pengedar termasuk Malaysia, Brunei, Singapura, Thailand, Indonesia dan Mesir. Nurraysa juga telah berjaya melahirkan 21 orang jutawan.
VISI & MISI NURRAYSA
“Helping people transform family lives globally.”
“To change their family by providing the best business networking platform in the world.”