Tentang Founder

Biodata Founder

  • Nama Founder : Nur Aini binti Zolkepeli (Founder / President)
  • Asal : Dungun, Terengganu
  • Tahun Lahir : 1992
  • Nama suami : Saiful Anuar Seliman (Chief Operating Officer)

Kisah Founder

Bukan mudah untuk menjalankan bisnes secara dalam talian di rumah apabila ada anak kecil yang perlu diberi keutamaan. Bagaimanapun, saya tidak menganggapnya sebagai halangan untuk bekerja, sebaliknya menjadikan saya lebih berdisiplin, konsisten dan bertanggungjawab dalam memenuhi tuntutan sebagai isteri dan ibu.

Founder Nurraysa

Nur Aini Zolkepeli merupakan seorang wanita yang menjaga tuntutan syariah. Beliau tidak percaya bahawa menjual produk kecantikan memerlukan seseorang wanita itu mendedahkan auratnya. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah seorang wanita yang memakai purdah.

Beliau telah mendirikan rumah tangga seawal usia 20 tahun, ketika dalam pengajian. Sejak awal selepas mendirikan rumah tangga, beliau berazam untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan ingin menjalankan perniagaan sendiri.

Nur Aini Zolkepeli pernah berkerja sebagai juruwang stesen minyak demi membantu meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pemandu jentera berat. Namun akhirnya, Puan Aini mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan secara online di rumah.

Pernah menghadiri program keusahawanan Azizan Osman, Puan Aini mengikuti nasihatnya untuk menjaga amalan solat tahajud dan berusaha untuk memberi manfaat kepada orang ramai.

Permulaan Bisnes

Dengan meminjam duit gaji suami sebanyak RM500, beliau memodalkannya untuk berniaga produk rumpai laut.

Selepas mengenali seorang usahawan wanita yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan produk kecantikan, beliau mula membuat produk sendiri iaitu sabun pencuci muka Nurraysa Beauty.

Antara bahan yang digunakan untuk membuat produk tersebut ialah rumpai laut, susu kambing, minyak zaitun dan herba tempatan yang diadun dengan halus sehingga menjadi sabun kolagen (antara produk terlaris sepanjang masa, Nurraysa Collagen Soap)

Jualan produk Nurraysa sewaktu Puan Aini berumur 23 tahun pernah mencecah 1 juta ringgit sebulan dan menjadi buah mulut orang. Kini Nurraysa Beauty yang telah berdaftar sebagai Nurraysa Global Sdn Bhd telah berjaya berkembang dan membantu lebih 100k usahawan tempatan dengan platform bisnes Nurraysa.

Visi

Melahirkan 1000 orang jutawan pada tahun 2025.

Misi

Matlamat Nurraysa menjadi pemimpin, membina perniagaan untuk membantu lebih ramai menjadi usahawan dan mengubah kehidupan mereka mencapai potensi dan bebas kewangan.