Sejarah Syarikat
Nurraysa Global Sdn Bhd yang sebelum ini bergelar Nurraysa Beauty mula ditubuhkan sejak 2014. Perniagaan kosmetik Nurraysa ini diterajui oleh Pengasas Nurraysa iaitu Puan Hajjah Nur Aini Binti Zolkepeli.
Pada asalnya, syarikat ini hanya memfokuskan pengeluaran sabun kolagen halal yang dirumus dan dihasilkan oleh Puan Hajjah Nur Aini sendiri. Kini setelah lebih 8 tahun di dalam industri kosmetik, Nurraysa telah meluaskan penghasilan sehingga lebih 50 produk merangkumi kosmetik, minuman, supplement, makanan dan pakaian.
Syarikat Nurraysa yang asalnya bermula dari rumah dengan bermodalkan rm500 kini telah menjadi syarikat global yang telah menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia. Malah dalam pasaran tempatan sahaja, Nurraysa telah mempunyai 8 cawangan terletak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
TERBARU! NURRAYSA TELAH DIANUGERAHKAN PRODUK KEGEMARAN ASIA TOP 100 BAGI TAHUN 2021 & 2022


Model Bisnes
Nurraysa mengamalkan sistem dropship sebagai model bisnes. Produk Nurraysa boleh didapati dengan dropship-dropship Nurraysa di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.
Nurraysa juga menggalakkan para wanita terutamanya surirumah dalam berbisnes dan menyediakan platform latihan bagi mereka yang tiada pengalaman mahupun pernah berbisnes secara percuma.
Video Korporat
Visi
Helping People Transform Family Lives – Globally
Misi
To Help Their Family By Providing The Best Business Networking Platform In The World.