15 Tips Marketing Untuk Owner Produk

 

15 Tips Marketing Untuk Owner Produk

Di bawah ini, ada beberapa 15 tips penting sebagai owner produk:

1. JANGAN KEDEKUT

Untuk promosikan sesuatu produk, kita perlu sediakan bajet iklan yang cukup mengikut objektif kempen marketing kita. Jangan kedekut untuk keluarkan bajet untuk buat  marketing.

Sebab apa?

  • Sebabnya, apabila kita dapat tingkatkan bajet marketing, keuntungan juga akan meningkat. Bagi peniaga baru, benda ini nampak pelik tapi, bagi peniaga yang berpengalaman, ia adalah perkara biasa yang perlu dilakukan.

2. SENTIASA REKRUT AGEN

Sebagai owner produk, kita perlu buat marketing untuk rekrut agen.

Ini kerana tak semua agen yang kita dapat tu aktif dan berkualiti. Mungkin dalam 10 agen yang kita dapat, hanya 3 agen je yang aktif.

Apabila kita dapat rekrut agen yang ramai dan berkualiti, ini dapat memudahkan kita untuk melakukan marketing dengan lebih sistematik. Kita akan dapat lebih fokus pada customer support, ia lebih penting daripada produk yang kita jual.

Pada peringkat permulaan, memang kita boleh lakukan marketing seorang diri tapi, apabila kita sudah ada agen, jualan yang dapat kita hasilkan juga adalah lebih banyak.

Inilah rahsia bagaimana owner produk hasilkan jualan jutaan ringgit dalam tempoh yang singkat.

3. JAGA AGEN

Ok, sekarang agen kita dah ramai. Lepas tu, apa yang perlu kita buat?

Kita perlu jaga mereka. Guide mereka untuk lakukan marketing dengan cara yang betul dan berkesan. Dan paling penting, layan mereka macam kawan-kawan. Barulah mereka happy nak promote produk kita, betul tak?

Bagaimana kita promote produk tersebut, macam tulah yang kita perlu ajar pada agen kita.

“Apa yang saya perlu ajar pada agen saya?”

Anda boleh bantu agen dari segi:

  • Sediakan bahan-bahan marketing dengan secukupnya.
  • Buat kelas asas marketing.
  • Berikan skrip cara close sales prospek.
  • Beritahu apa strategi marketing selengkapnya

4. BERI INSENTIF/BONUS

Sekali-sekala, kita boleh berikan insentif/bonus pada agen-agen yang berjaya hasilkan jualan yang konsisten setiap bulan. Ini dapat buatkan mereka jadi lebih bersemangat dan bermotivasi untuk hasilkan lebih banyak jualan.

Kita juga boleh buat race supaya mereka berlumba-lumba promote produk dan generate high sales. Buat cabaran, apabila agen dapat capai jualan tertentu, berikan mereka hadiah dalam bentuk wang tunai atau barang fizikal.

Ikut kreativiti anda sendiri nak beri hadiah apa.Untuk buat cabaran ini, owner produk perlu selalu update position jualan siapa yang hasilkan jualan tertinggi sehinggalah terendah. Dengan cara ini, apabila agen melihat position jualan mereka, pasti mereka akan jadi tercabar dan akan fikirkan bagaimana untuk kejar agen-agen lain yang berada di atas mereka.

Ia memang satu games yang menyeronokkan. Cubalah.

5. AJAR AGEN MARKETING

Anda wajib ajar agen buat marketing.

Kalau tak, bagaimana mereka nak buat sales, kan?

Tak semua agen yang rekrut tahu nak buat marketing. Mereka hanya tahu menjual

Ajar agen dengan marketing

  • ajar agen buat FB ADS
  • ajar tulis copywriting
  • ajar nak jual produk

6. INTEGRATION MARKETING

Cara ini hanya perlu digunakan apabila kita ingin kembangkan lagi bisnes kita. Tapi, pada peringkat permulaan. Kita perlu fokus pada 1-3 channel marketing je. Fokus pada channel marketing yang berikan result sahaja. Barulah kita tak bazirkan bajet iklan untuk channel marketing yang tak berkesan.

Banyakkan buat SPLIT TEST

Gunakan segala channel marketing yang ada. Online, offline, Guna facebook, email, blog, radio, paper, tv, booth dan lain-lain

Kesannya bukan pada hasil jualan je, kredibiliti bisnes kita juga akan naik. Tapi, bajet yang diperlukan agak besar.

7. KREATIF DALAM MARKETING

Ia bukan perkara yang mudah dilakukan, tapi ia perlu dilakukan

Especially online. Pesaing bisnes ramai, jadi kita kena kreatif dan unik dalam marketing. Barulah kita boleh menonjol berbanding pesaing yang lain.

Bagaimana cara nak kreatif dalam marketing?

Sebelum nak buat marketing, anda perlu tahu dulu bagaimana apa itu marketing?

“Marketing adalah proses menjual produk pada audience yang betul!”

8. KONSISTEN DALAM MARKETING

Jangan jadi macam biskut “chipsmore”. Kejap ada, kejap takde. Marketing perlu konsisten, barulah ianya membantu bina populariti dan trust.

Kenapa perlu konsisten?

Kerana manusia mudah lupa. Cuba lihat di sekeliling anda, berapa banyak iklan yang anda nampak dalam sehari?

Mungkin lebih, mungkin kurang cuma anda perasan atau tidak

Apa yang saya nak tekankan adalah, setiap hari kita dikelilingi dengan pebagai jenis iklan sehingga kita jadi bosan dan abaikan iklan tersebut.

Sebab itulah, kita perlu bina iklan yang berbeza dari iklan yang lain. Kemudian, lakukan pemasaran secara konsisten

9. BINA FOLLOWERS

Followers adalah audience yang sudah kenal kita.

Mereka mungkin audience yang kenal kita melalui facebook, emel, kedai, dan rakan mereka.

Sangat penting untuk bina followers kerana lebih mudah menjual pada audience yang sudah kenal kita berbanding audience yang belum kenal kita.

Jadi, binalah audience yang bakal jadi prospek dan customer anda. Tak kiralah sama ada ianya database phone, emel database, fans, insta followers, blog followers atau sebagainya.

Mereka inilah yang akan membantu untuk bangunkan bisnes kita.

10. RETARGETTING

Ya, buat retargetting dalam online marketing ni. Ada fans? Anda boleh tarik mereka menjadi customer. Ada pelawat web? Cari mereka balik dengan kaedah retargetting.

“Macam mana nak buat retargetting?”

Di Facebook, ada 2 cara yang boleh kita gunakan:

  1. Buat Like Marketing, dan target iklan pada fans.
  2. Bina satu web/ecommerce/minisite, kemudian letak kod Website Custom Audience (WCA) dalam web tersebut.

Dengan lakukan retargetting, kita boleh sasarkan iklan pada audience yang pernah jadi customer kita. Jadi, kerja-kerja menjual akan jadi lebih mudah.

11REPEAT ORDER

Apabila kita sudah ada customer, sangat penting untuk kita menjaga mereka. Kita perlu galakkan customer sedia ada membeli lagi atau lakukan repeat order.

  • Berikan mereka offer menarik
  • Buat follow up
  • Tanya khabar

Cuba fikirkan jalan bagaimana nak tarik customer untuk lakukan pembelian berkali-kali.

Jangan biarkan pelanggan lama lari dari kita. Nak cari pelanggan yang baru perlukan kos yang tinggi. Jadi, adalah lebih baik kita fokus pada pelanggan sedia ada.

12. REFERRAL

Apa kata minta customer perkenalkan produk anda kepada rakan-rakan mereka. Kemudian, berikan mereka insentif seperti, mereka akan dapat 1 produk percuma jika mereka dapatkan 1 pelanggan untuk anda.

Gunakan ayat seperti ini:

As salam tuan,

Terima kasih kerana telah membuat pembelian produk saya kelmarin.

Saya nak minta tolong boleh tak?

Jika tuan suka dengan produk saya, boleh tak recommend produk tersebut pada kawan-kawan yang mungkin berminat juga?

Saya akan berikan 1 produk percuma kepada tuan untuk setiap 1 kawan yang tuan rekemen sebagai hadiah. Syaratnya, kawan tuan mesti membeli produk tersebut.

Reply mesej ini jika tuan berminat.

Terima kasih.

13. DAPATKAN ‘FRESH TESTIMONIAL

Testimoni sangat penting dalam promosikan sesuatu produk.

Kalau takde testimoni, sangat susah untuk menjual produk kita. Sebab, prospek lebih percayakan feedback dari orang ketiga. Itulah manusia, konsep ini tak akan pernah berubah sampai bila-bila.

Dan testimoni mestilah updated. Jangan lupa, orang membeli kerana results.

“Mana saya nak dapatkan testimoni pelanggan”

  • Tanya di WHATSAPP.
  • Tanya di PM.
  • Tanya di EMEL.
  •  Tanya di TELEFON.

14SOCIAL PROOF

Apa benda social proof ni?

Contoh mudah,

Jumlah fans adalah social proof. Jumlah komen yang tinggi pada post di FB juga adalah social proof. Ianya mampu pengaruhi prospek-prospek baru.

Macam mana nak tingkatkan social proof?

  • tingkatkan komen pada post
  • banyakkan gambar testimonial – printscreen, gambar, video
  • tunjukkan gambar stok, gambar pelanggan datang kedai
  • buat album koleksi testimonial

“Kenapa kita perlu ada social proof ni?”

Inilah psikologi manusia!

Orang lebih mudah tertarik pada kawasan yang ramai orang.

Sebab apa?

Kerana, orang akan tertanya-tanya kenapa kawasan tersebut ramai orang. Apa yang buatkan ramai orang datang ke kawasan tersebut? Mesti best, kan?

Ok, sekarang, bagaimana cara nak tarik ramai orang datang ke kedai/fanpage kita?

  • Berikan FREE GIFT.
  • Berikan OFFER terhad.

Ini adalah salah satu strategi marketing.

Kalau tak percaya, cubalah guna

15. TINGKATKAN BAJET MARKETING

“Bila waktu yang paling sesuai untuk tingkatkan bajet iklan?”

Bukan setiap masa kita boleh tingkatkan bajet iklan. Ada masa tertentu je.

  • Hari gaji, hujung bulan. Ni semua orang tahu, waktu semua orang duit masuk dalam akaun.
  • Pada bulan ramadhan, ramai orang shopping makanan untuk berbuka puasa dan beli barang raya.

Selamat beramal.

Sumber: sifubads