Tak Perlu Budget Besar. Ini Dia 5 Tips Ubahsuai Rumah Menjadi Elegan !

TAK PERLU BUDGET BESAR.

INI DIA 5 TIPS UBAHSUAI RUMAH MENJADI ELEGAN !

 

Semua ada angan-angan nak ada rumah sendiri lepastu nak deco cantik-cantik. Tak kurang juga yang tinggal di rumah sewa. Yelah, rumah kan tempat kita untuk rehat. Mestilah nak duduk dirumah yang ruangnya cantik, suasana nak tenang & nyaman kan ?

Tapi tulah, ramai yang tak dapat nak tunaikan impian sendiri sebab kita anggap kalau nak ubahsuai rumah je kena ada budget yang besar. Perlukan banyak duit nak ubahsuai rumah, lagi-lagi bila beli rumah yang second-hand. Okay, sekarang boleh ubah mind set anda !

Eh sebab apa pulak?

 

Sebab harini admin nak share kan dekat korang semua 5 Tips Ubahsuai Rumah Menjadi Elegan.

 

TIPS 1: KOSONGKAN RUMAH ANDA DARI SENTUHAN SILAM

  • Biasanya kalau beli rumah second hand mesti ada barang atau perabot lama yang ditinggalkan dalam rumah tu. So, korang kena keraskan hati sikit untuk keluarkan barang-barang lama tu. Yang mana tak elok boleh buang jangan disimpan sebab barang yang tak boleh digunakan tu la akan buatkan rumah anda nampak semak. Mana barang lama yang masih elok, anda boleh jualkannya sahaja melalui laman social atau di car boot sale. Duit jualan boleh digunakan untuk beli perabot baru supaya ia dapat memberikan nafas baru untuk rumah anda !

 

TIPS 2: KEMASAN LANTAI YANG LEBIH SEGAR

  • Kemasan lantai juga perlu dititik beratkan dalam pengubahsuaian rumah kali ini kerana melalui kemasan lantai dapat membawa suasana baru berbanding dengan suasana rumah lama. Dalam tips ini, anda sendiri perlulah memilih dengan penuh teliti jenis lantai yang diingini. Jangan Risau dengan kos yang akan ditanggung kerana pilihan ditangan anda, pilihlah harganya yang mampu milik.

 

TIPS 3: DINDING YANG BERSIH DAN TIDAK MENYEMAKKAN

  • Ruang dinding yang kosong tidak perlu anda sesakkannya dengan segala macam barang perhiasan kerana ia akan menjadikannya lebih serabut. Cukuplah dengan gantung satu atau dua frame. Warna dinding juga janganlah terlalu heavy atau terlalu banyak warna. Maksimum tiga warna. Anda juga boleh cat dengan warna yang neutral pada keseluruhan ruang rumah anda. Bergantung pada budget anda.

 

TIPS 4: SILING LEBIH TINGGI, LEBIH CERAH, LEBIH BERNAFAS

  • Anda boleh membuat pilihan selamat dengan menggunakan siling kapur (‘plaster siling’) atau kepada yang suka bereksperimen, boleh memilih siling kayu atau kemasan lain yang lebih unik. Lebih tinggi siling adalah lebih bagus. Bagus untuk pengudaraan. Bagus untuk mewujudkan ruang yang lebih luas.

 

TIPS 5: PEMILIHAN LAMPU YANG BERLAINAN

  • Terdapat pelbagai pilihan untuk lampu samada berjenama atau tidak. ‘Be adventurous’. Lampu kalimantang kini hanya sesuai digunakan untuk ruang stor sahaja. Terdapat banyak lagi kedai seumpamanya yang menyediakan pelbagai rekabentuk dan citarasa. Ekspresikan personaliti anda dengan bermain dengan beberapa pilihan lampu.

 

Selamat mencuba ! Rasai perbezaannya dengan pengubahsuaian yang baru nanti 🙂

 

 

Sumber: TheVocket