4 CARA MENGHIAS MEJA CANDY BUFFET
UNTUK NAMPAK LEBIH CANTIK
Pada masa kini, candy buffet merupakan salah satu ruang yang diperlukan dan makin menjadi trend bagi satu-satu majlis terutamanya majlis perkahwinan dan hari jadi.
Namun ada segelintir daripada mereka yang tak ada idea nak deko ruangan tersebut dengan cara yang bagaimana dan sampai satu tahap kadang mereka terpaksa keluarkan kos pula untuk upah pereka deko ruangan tersebut.
Jadi, bagi rujukan anda semua hari ini admin akan share kan sedikit tips yang boleh digunakan untuk membantu anda menghias meja candy buffet agar nampak lebih meriah dan cantik.
#1: TENTUKAN TEMA & WARNA
- Candy Buffet ini biasanya dibuat adalah untuk meriahkan suasana majlis pada masa itu di mana ia menjadi kegemaran kanak-kanak ketika hadir di majlis perkahwinan atau hari jadi. Jadi, untuk menghias candy buffet ini perkara yang utama yang pelru dititik beratkan adalah tentukan warna & tema yang sesuai yang mana lebih baik mengikut tema & warna yang disukai oleh kanak-kanak. Contohnya, pemilihan warna yang ceria & putih yang dapat merangsangkan kanak-kanak untuk mendapatkan hidangan pemanis yang tersusun cantik.
#2: KUANTITI GULA-GULA YANG DIPERLUKAN
- Sebelum majlis berlangsung juga anda perlu pastikan berapa jumlah tetamu yang ingin diundang dan kemudian membuat bajet untuk jumlah atau kuantiti gula-gula yang perlu disediakan untuk mengisi bekas candy buffet tersebut. Jangan terlalu banyak dan juga jangan terlalu sedikit.
#3: PERSEDIAAN JADUAL
- Sebelum majlis berlangsung juga dicadangkan untuk anda buatlah satu persediaan jadual di mana ada orang yang mengawasi ruangan candy buffet. Ini kerana jumlah gula-gula atau makanan lain sudah berkurangan perlulah diisi semula. Pastikan guna bekas yang jelas yang mana boleh menampakkan kekurangan jumlah gula-gula tersebut. Pastikan juga anda tidak menggunakan bekas yang terlalu tinggi untuk memudahkan kanak-kanak mengambil gula-gula di dalam bekas.
#4: REKA BENTUK MEJA & ALAS MEJA
- Pastikan anda gunakan meja yang bersesuaian dengan ruangan candy buffet tersebut. Jika banyak gula-gula dan makanan, hendaklah anda gunakan meja yang besar. Alas meja juga gunakanlah alas yang menarik dan cantik serta bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan pada masa itu.
Sumber: Pesonapengantin