3 Kesan Sampingan Penggunaan Merkuri Dalam Kosmetik

3 KESAN SAMPINGAN PENGGUNAAN MERKURI DALAM KOSMETIK

 

Ramai wanita yang inginkan kulit yang putih yang flawless tanpa menyedari akan bahayanya merkuri yang boleh memudaratkan kesihatan mereka. Tetapi tidak boleh disangkal juga yang mana mungkin ada juga sebahagiannya yang sudah tahu tapi masih tidak percaya dengan kesan merkuri tersebut selagi tidak kena pada diri sendiri. Jadi, admin sarankan kepada anda semua sentiasalah berhati-hati dalam memilih barangan kosmetik. Baca terlebih dahulu isi kandungan produk tersebut sebelum membeli atau menggunakannya. Walaupun nampak leceh, tapi perkara sebegitulah ramai orang yang pandang enteng tentang perkara ini. Akibatnya bila dah kena baru nak menyesal.

 

 

 

3 Kesan Sampingan Penggunaan Merkuri Dalam Kosmetik

 

 

 

KESAN 1: KEGAGALAN GINJAL

  • Merkuri akan meresap ke salur darah dan berkumpul di ginjal. Ini memberi kesan kepada fungsi ginjal. Ianya boleh dikesan dengan kehadiran protein yang tinggi di dalam urine.

 

 

KESAN 2: GANGGUAN MENTAL

  • Pendedahan kepada merkuri yang panjang boleh menyebabkan anda mendapat gangguan mental seperti keresahan (anxiety), kemurungan, halusinasi dan lain-lain.

 

 

KESAN 3: MASALAH KULIT

  • Kandungan merkuri dalm produk kosmetik juga boleh menyebabkan keradangan pada kulit yang serius, kulit mudah dijangkiti kuman dan kulat sekaligus boleh meninggalkan parut.