6 Medium Pemasaran Efektif Untuk Berniaga

6 MEDIUM PEMASARAN EFEKTIF UNTUK BERNIAGA

 

Medium Pemasaran merupakan satu medium yang amat penting pada hari ini bagi peniaga-peniaga untuk menjalankan perniagaannya. Usahawan atau peniaga semestinya perlu berfikiran kreatif untuk mencari jalan bagi memperkenalkan perniagaannya kepada orang ramai. Jadi, mereka perlulah mengkaji terlebih dahulu medium-medium yang boleh digunakan untuk membantu perniagaan mereka dikenali dan memasarkan produk mereka secara efektif.

 

Terdapat 6 medium yang boleh anda gunakan untuk menjalankan perniagaan anda. Antaranya adalah;

 

?? MEDIA SOSIAL

Pemasaran melalui media sosial merupakan salah satu cara yang amat berkesan yang boleh diaplikasikan oleh peniaga bagi memperkenalkan produk perniagaan masing-masing. Kandungan yang kreatif dapat menyumbang kepada kejayaan pemasaran melalui media sosial. Ini kerana kandungan yang menarik mampu membuatkan pengguna internet yang berminat untuk selalu mengikuti maklumat yang disediakan.

Selain daripada dapat mengurangkan kos, media sosial juga dapat membantu dalam membina jenama bisnes kita untuk dikenali ramai sekaligus mendapat tempat di dalam perniagaan setanding dengan perniagaan maju diluar sana.

Media sosial yang popular sekarang ini adalah Facebook dan Instagram. Kelebihan menggunakan kedua-dua medium ini adalah ia berkonsepkan viral. Gunakan lah media sosial sebaiknya dalam memajukan bisnes anda !

 

 

 

?? BLOG/ WEBSITE


Blog/ Website juga mempunyai banyak kelebihan untuk anda menjalankan urusan bisnes. Ini kerana melalui blog/ website kita dapat berkongsi info dan maklumat mengenai bisnes kita. Selain itu, jika anda mempunyai blog, ia dapat membantu anda dalam meningkatkan jumlah pengunjung di website.

Kerana apa ? Kerana apabila kandungan di dalam blog anda dapat memberikan jawapan dan menyelesaikan masalah yang dicari oleh orang ramai di GOOGLE, secara automatiknya pembaca atau pengguna akan terdorong untuk share kan artikel atau info bisnes anda.

Semakin banyak info bisnes anda di share di media sosial, semakin tinggi jumlah pengunjung search mengenai blog anda. Dan apabila blog anda dihubungkan dengan website bsines anda, maka semakin banyak pula pengunjung yang masuk ke website dan seterusnya semakin ramai pelanggan yang akan berminat dengan produk keluaran bisnes anda.

 

 

 

?? EMEL


Mengirimkan emel kepada pelanggan dengan memberikan panduan, tips percuma dan juga memberikan perkembangan terkini tentang produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Anda juga boleh mengucapkan kata-kata pada tarikh penting mereka, contohnya Hari Lahir mereka atau kata-kata motivasi bagi membuatkan mereka lebih rasa dihargai dan bersemangat lagi untuk bekerja.

Untuk lebih menarik ramai pelanggan untuk berminat dengan bisnes kita, setiap persoalan atau pertanyaan pelanggan melalui emel hendaklah diberikan dengan jawapan yang baik dan mesra. Keadaan ini sekaligus dapat membuatkan pelanggan anda akan rasa selesa untuk berurusan. Apabila pelanggan suka dengan bisnes kita, tidak mustahil mereka akan menghebahkan tentang bisnes kita pada rakan-rakan mereka yang lain.

 

 

Aik 3 je ? Haa.. Kalau nak tahu apa medium seterusnya klik sini stay tuned untuk next entry, Part 2

Okay, itu sahaja untuk tips hari ini ! Semoga bermanfaat.