3 Petua Kecantikan Menggunakan Bahan Semula Jadi  

3 PETUA KECANTIKAN MENGGUNAKAN BAHAN SEMULA JADI

 

Pelbagai petua kecantikan yang anda boleh cuba dan amalkan dengan hanya menggunakan bahan semula jadi. Tak perlu ke spa pun boleh kerana petua yang saya akan kongsikan ini hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah untuk ditemui dirumah. Gunakanlah bahan semula jadi kerana ianya lebih banyak manfaat untuk mencantikkan tubuh badan anda supaya nampak lebih segar dan berseri

 

Jom tengok apa petuanya !

 

1. Masker Putih Telur

Ambil 2 biji telur putih dan pukul sheingga kembang. Kemudian sapukan pada wajah selama 20 hingga 30 minit. Biarkan ianya kering sebelum dicuci bersih. Putih telur dapat menegangkan kulit dan menghilangkan jerawat selain baik untuk kecantikan dan kesihatan kulit.

 

2. Bulu Mata dan Kening Lebat

Untuk mendapatkan bulu mata yang cantic dan lentik serta kening yang lebat, anda boleh cuba gunakan lendir pokok lidah buaya ini. Sapukan pada bulu mata dan kening anda. Lakukannya berulang kali untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

 

3. Atasi Parut Hitam

Pudarkan parut hitam pada tubuh dengan menggunakan ubi kentang. Parut nipis kentang dan letakkan pada parut. Lakukan berulang kali sehingga kesan parut tersebut hilang.

 

 

Untuk selingan anda, untuk merawat kulit yang bermasalah juga anda boleh gunakan produk Nurraysa sendiri iaitu COLLAGEN SOAP. Sangat bagus untuk membantu anda mengatasi jerawat, jeragat dan kulit berminyak. Bukan tu je tau, ia juga dapat memudarkan parut . Bagi sesiapa yang mempunyai masalah eczema, gatal-gatal, kurap atau panau di muka juga boleh cuba sabun ini. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur.

 

” Now Everyone Can Be Beautiful “