4 PETUA UNTUK KEKALKAN KESIHATAN & KECANTIKAN
SELEPAS BERPANTANG
Untuk mengekalkan kecantikan selepas berpantang, penjagaan diri semasa berpantang amatlah penting bagi memastikan kesihatan badan luar dan dalam sentiasa baik. Mungkin kesannya tidak terlihat sekarang, tetapi apabila usia meningkat barulah kita dapat rasakan perbezaannya.
Di sini admin kongsikan serba sedikit petua orang dulu-dulu dalam menjaga kesihatan badan untuk kekalkan kecantikannya selepas berpantang yang boleh anda amalkan.
1. BERTUNGKU
- Dilakukan sebelum dan selesai mengurut. Batu sungai baik untuk dibuat tungku bagi yang melahirkan secara pembedahan. Tungku besi pula digunakan bagi mereka yang bersalin normal. Daun-daun seperti mengkudu, daun sirih dan daun jarak sering digunakan sewaktu bertungku. Kebaikannya ialah untuk mengecutkan segala urat yang kembang, melancarkan perjalanan darah dan mengecutkan rahim yang kembang selepas bersalin.
2. MENGURUT
- Dilakukan selama tiga, tujuh atau 14 hari setiap pagi sebelum mandi. Gunakan minyak urut yang disediakan daripada campuran minyak kelapa dimasak sendiri, serai wangi (memberikan aroma yang wangi), halba, kunyit, halia dan lengkuas. Antara kebaikannya ialah membuang angin, membetulkan urat dan melancarkan perjalanan darah.
3. MANDI
- Dilakukan selepas selesai proses urutan. Gunakan air rebusan daripada pelepah pisang, daun lengkuas, serai wangi, daun pandan duri, halba, daun mengkudu dan daun dedap. Jangan dibuang daunnya selepas mandi sebaliknya tambah air dan rebus kembali. Berkesan untuk menyihatkan badan, awet muda dan mengelakkan sengal-sengal badan.
4. PEMAKAIAN BENGKUNG
- Sebelum dipakaikan bengkung, sapukan bahagian perut dengan tepel, kapur sirih dan perahan air limau. Mengikat bengkung juga mempunyai tekniknya sendiri kerana si ibu dikehendaki berdiri sepanjang pemakaiannya.Amat berkesan untuk mengempiskan perut yang menggelebeh selepas bersalin, melangsingkan badan serta memanaskan badan.
Sumber: Lubukseni