Seperti yang kita tahu, ekonomi negara berada dalam keadaan kritikal pada waktu ini. Kadar pengganguran meningkat, pekerja diberhentikan dan gaji diturunkan adalah salah satu kesan daripada masalah ekonomi yang melanda bukan sahaja negara kita malah satu dunia ketika ini.
Namun, pekara ini bukanlah bermakna rakyat patut berputus asa. Kerajaan juga membantu rakyat dengan memberi bantuan untuk merangsangkan ekonomi. Selain itu, masih ada beberapa pekara yang anda boleh lakukan untuk membantu memulihkan ekonomi Malaysia walaupun tidak sebeberapa.
1) Membayar cukai anda.
Walaupun topik ini tidak ramai yang mahu membincangkanya selain mempersoalkan kenapa rakyat perlu membayar cukai. Tetapi kita perlu tahu pentingnya bayaran cukai kepada negara kerana cukai merupakan salah satu hasil pulangan kepada negara. Tanpa cukai kerajaan tidak boleh melabur kepada infrasturkur dan program program sosial dan kita sebagai rakyat akan terkesan.
2) Membantu peniaga-peniaga kecil.
Statistik dari Jabatan Perangkaan Negara pada tahun 2018 menyatakan sebanyak 4.7% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (GDP) Malaysia adalah daripada peniaga-peniaga kecil dan serdahana. Mereka adalah antara golongan yang paling terkesan akibat kawalan pegerakan yang dilaksanan oleh kerajaan. Oleh itu, rakyat digesa daripada membeli daripada vendor-vedor besar, beralih kepada peniaga-peniaga kecil ini. Peniaga-peniaga kecil ini membeli bahan-bahan atau servis dari peniaga-peniaga kecil yang lain. Jika putaran itu beterusan, ia akan membantu bangkitkan ekonomi.
3) Membuat pelaburan berkaitan dengan minat anda.
Pelaburan tidak semestinya dimaksudkan dalam pelaburan saham, Anda juga boleh melabur dengan membeli aset, belajar sesuatu kemahiran, masa dan pelbagai lagi pekara asalkan pekara itu menjadi sesuatu yang bernilai pada waktu akan datang. Salah satu pekara yang anda boleh lalukan adalah jika anda minat dengan memasak, anda boleh melabur dengan membeli alatan memasak yang berkualiti supaya masakan anda menjadi lebih sedap untuk dijual atau melabur masa anda dengan membuat video tentang cara memasak anda di platform seperti Youtube dan lain lain lagi.
4) Menjadi orang yang berpengaruh.
Kalau kita lihat trend pada waktu kini, platform online adalah tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Makin ramai orang beralih ke dunia online pada waktu kini berbanding sebelum-sebelumnya. Merujuk kepada point sebelum ini, anda boleh mengunakkan minat atau hobi anda dan pamerkan minat tersebut secara online. Salah satu contoh terbaik adalah dari saudari Sugu Pavithra. Beliau menggunakan minat beliau iaitu memasak sebagai konten untuk di pamerkan di Youtube dan sekarang beliau mempunyai lebih daripada 636 ribu orang yang melanggan channel Youtube beliau. Secara tidak langsung membantu meningkatkan pendapatan beliau.
5) Mulakan bisnes anda sendiri.
Mulakan bisnes sendiri juga dapat menjana pendapatan anda. Anda boleh mulakan bisnes anda secara kecil-kecilan terutama sekali secara online. Malah ada organisasi yang membantu anda memulakan bisnes anda secara percuma. Sistem agen dan dropship dalam peniagaan sangat meningkat pada waktu ini dan ramai orang yang terlibat. Semakin ramai yang terlibat maka kitaran kewangan akan berterusan. Sekali gus membantu sedikit demi sedikit dalam memulihkan ekonomi.
Jika anda hanyalah seorang surirumah, penganggur, mahupun pelajar yang masih menunggu waktu untuk menghabiskan pengajian, cara 1-4 adalah hampir mustahil. Tetapi, cara yang terakhir pasti tidak akan ada halangan buat semua selagi anda sendiri yang mahukan.
Sertai kami dan dapatkan bimbingan percuma dari Founder Nurraysa sendiri tentang bagaimana ini memulakan bisnes dan melonjakkan sales walaupun di saat krisis seperti PKP.
Setiap hari akan ada training jadi anda tidak perlu risaukan ketinggalan dan group support serta team-team yang ada untuk berkongsi ilmu.
Boleh juga dapatkan buku modul bisnes “Berjaya Gaya Jutawan”percuma dengan klik button “SAYA BERMINAT” sekarang. http://www.wasap.my/60193276525/SayaBeminatBisnes