5 Cara Merawat Bibir Kering


5 Cara Merawat Bibir Kering Dengan Betul. Barulah Bibir Mungil!

 

Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering. Antaranya, apabila anda bekerja di tempat yang mempunyai penghawa dingin, cuaca yang panas, kurang minum air dan sebagainya.

Keadaan bibir yang kering akan menyebabkan anda rasa tidak selesa. Individu yang mengalami masalah seperti ini selalunya senang mendapat sakit seperti ruam, kemerahan, luka kecil dan kulit menggelupas pada bahagian bibir.

Jom admin kongsikan cara untuk anda mengelakkan bibir daripada kering, menggelupas dan juga cara merawat bibir kering dengan betul.

 

#1 : Elakkan menjilat bibir ketika bibir kering dan menggelupas

Jika anda menjilat bibir ketika ianya kering, perkara itu akan membuatkan bibir anda lebih menggelupas. Memang nampak macam anda membasahkan bibir, tapi sebenarnya boleh membuatkan bibir anda semakin kering.

 

#2 : Jangan sesekali kupas bibir

Perkara yang sering menjadi tabiat kita adalah mengupas bibir dan menyebabkan luka kecil, pendarahan, dan bengkak. Perkara ini akan menjadikan bibir lebih sukar untuk sembuh. Jadi, elakkan ya!

 

#3 : Banyak minum air

Cara mengatasi bibir kering dan mengelupas dengan banyak minum air. Ini merupakan salah satu cara paling mudah untuk membuat bibir anda sentiasa lembap. Kekurangan cairan dalam tubuh dapat mengurangi kelembapan bibir sehingga menyebabkan bibir menjadi kering. Oleh karena itu, minumlah air dalam jumlah yang cukup, minima 8 gelas dalam sehari.

 

#4 : Menggunakan skrub untuk membuang sel mati pada bibir

Pengelupasan bibir adalah langkah pertama yang menyebabkan bibir merekah. Anda boleh menggunakan skrub untuk bibir dan pastikan anda gosok secara perlahan untuk mengelakkan luka.

 

#5 : Sentiasa memakai pelembap bibir

Sapukan pelembap bibir untuk penyembuhan dan mengelakkan bibir pecah. Pelembap bibir juga akan membantu untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi bibir anda dari merekah.

Untuk pemilihan pelembap bibir yang terbaik, pastikan ada semua bahan ini:

 

Tak susah pun untuk mengekalkan kelembapan bibir, hanya dengan menggunakan Magic Lipstick Nurraysa je dah boleh selesaikan masalah.

 

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan untuk manfaat bersama!

 

Jom dapatkan sekarang : http://www.wasap.my/601159618143/NakMagicLipstick